Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma 2021 Online



Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma 2021 Online|BILAKAH tarikh semakan status permohonan telefon pintar percuma? Berita baik buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang telah membuat permohonan telefon pintar percuma secara online. Untuk makluman anda, semakan status telefon pintar percuma boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Online buat rujukan anda.

Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Online

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Setiap telefon pintar yang disediakan akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40

A. Semakan Secara Online

1. Layari laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Pilih Inisiatif samaada "SIM Percuma Dengan Data", "Telefon Percuma Dengan SIM", "SIM Percuma ICSS" atau "SIM Percuma Universiti".

3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan Ibu Bapa diruangan yang disediakan.

4. Masukkan No. MyKid/ MyKad yang dicalonkan.

5. Klik pada butang "Hantar" untuk membuat semakan status permohonan.

Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Online

B. Semakan Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Telefon Pintar Percuma, sila menghubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Online ini dijadikan rujukan buat para pelajar dan ibu bapa!

No comments

Powered by Blogger.