Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semakan Status)



Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semakan Status)|ANDA ingin daftar eBelia IYRES? Perhatian buat anda golongan Belia di Malaysia yang berkelayakan membuat pendaftaran eBelia IYRES. Untuk makluman anda, pendaftaran eBelia IYRES 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi IYRES. Berikut dikongsikan Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah membangunkan sebuah portal yang dikenali sebagai Portal eBelia IYRES khusus untuk membantu para belia di Malaysia yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi. Menerusi portal ini, para belia boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi seperti peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, keusahawanan dan gig ekonomi, peluang pembangunan latihan dan kemahiran beserta peluang dana-dana dan kemudahan oleh kerajaan.

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan eBelia IYRES termasuk syarat kelayakan permohonan, cara login dan semakan status:

Pendaftaran eBelia IYRES Online

1. Layari Portal Rasmi IYRES secara online menerusi pautan di http://ebelia.iyres.gov.my.

2. Klik pada butang Daftar yang berwarna merah jambu.

3. Di bahagian Maklumat Pendaftaran Profil Belia, masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan.

4. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan Kata Laluan.

5. Masukkan Alamat Emel yang sah dan Captcha seperti yang tertera.

6. Tekan pada butang Daftar Pengguna.

7. Sila semak email anda untuk klik butang pengesahan.

Cara Login eBelia IYRES Online

Anda hanya boleh login selepas selesai proses pendaftaran eBelia IYRES:

1. Layari Portal Rasmi IYRES menerusi pautan di http://ebelia.iyres.gov.my.
2. Klik pada butang Log Masuk.
3. Masukkan Alamat Emel yang sah dan Kata Laluan seperti yang didaftarkan.
4. Klik MyDashboard dan klik "Kemaskini Profil" untuk mengemaskini maklumat anda.

Semakan Status eBelia IYRES 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan eBelia IYRES, sila menghubungi pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di talian +603-8871 3344/3389 atau emel di info[at]iyres.gov.my dan boleh layari Portal IYRES di http://ebelia.iyres.gov.my/.

Semoga perkongsian Cara Daftar eBelia IYRES 2020 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.