Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan September 2020 (Tarikh)



Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan September 2020 (Tarikh)|BILAKAH tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan September 2020? Perhatian buat anda yang ingin ketahui tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan kelima (September). Berikut dikongsikan Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan September 2020 buat rujukan anda.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan Julai 2020 (Tarikh

Sedia maklum, tarikh pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun pada 4 Mei 2020 yang lalu. Manakala, tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Jun adalah mulai 1 Jun 2020 secara berperingkat. Menerusi info terbaru, tarikh kemasukan duit i-Lestari KWSP bagi bulan September adalah mulai 1 September 2020.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan September 2020 (Tarikh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan September 2020 termasuk tarikh bayaran yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.

2. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3. TERKINI: Tarikh pembayaran bulan kelima (September) i-Lestari KWSP adalah mulai 1 September 2020 yang dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan Julai 2020 (Tarikh)

Info Penting:
*Perlu diingatkan jadual bayaran i-Lestari KWSP seperti diatas adalah rujukan SAHAJA. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Lestari KWSP, sila layari di laman sesawang www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bulan September 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

DISCLAIMER: Portal mypanduan tiada sebarang kaitan dengan Laman Web KWSP. Laman ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman mypanduan.

4 comments:

  1. Tarikh Hari ni sampai sekarang xdapat duit lagi

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang tak masuk duit dalam akaun lagi

    ReplyDelete
  3. Sampai saya punya duit i lestari blm masuk pergi akuan

    ReplyDelete
  4. Kalau duit dalam akaun 2 sy kurang daripada 500..adakah sy dapat pada bulan ogos nanto

    ReplyDelete

Powered by Blogger.