Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ 2020 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ bakal dibuka? Perhatian buat anda penduduk tetap yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor atau Putrajaya dan pendapatan terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Untuk makluman anda, permohonan bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ boleh dibuat secara online mulai 12 hingga 18 Julai 2020 menerusi laman sesawang di https://www.tzuchi.my/Kita1Keluarga.

Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, ekoran pandemik koronavirus (Covid-19) melanda, sebuah pertubuhan kemanusiaan bukan berasaskan keuntungan, Tzu Chi Kuala Lumpur dan Selangor melancarkan satu program bantuan ‘Kita1Keluarga’ untuk menggerakkan rakyat Malaysia membantu golongan yang memerlukan. Pertubuhan itu menyasarkan mengumpul dana yang mencukupi untuk 3,000 keluarga miskin di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi menyediakan bantuan kewangan selama tiga bulan berturut-turut dari September hingga November.

Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ termasuk syarat kelayakan permohonan, kadar bantuan dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ Online

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web di https://www.tzuchi.my/Kita1Keluarga.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor atau Putrajaya

2. Pendapatan terjejas disebabkan pandemik itu dengan jumlah isi rumah berkurangan 50 peratus atau lebih.

3. Jumlah pendapatan keluarga sebelum pandemik tidak boleh melebihi RM3,000 atau jumlah pendapatan peribadi kurang daripada RM1,500 jika hanya seorang dalam isi rumah (yang bekerja).

4. Tidak menerima bantuan tunai daripada mana-mana badan bukan kerajaan.


Kadar Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’

Dianggarkan setiap isi rumah akan menerima bantuan bulanan antara RM500 dan RM800 sebulan bergantung kepada situasi keluarga berkenaan dan akan dikunjungi sukarelawan Tzu Chi dalam tempoh tiga bulan.

Semakan Status Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ Online

Keputusan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ akan diumumkan selepas 17 Ogos.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman Tzu Chi Malaysia.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Tzu Chi ‘Kita1Keluarga’ Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.