Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 HGipt (Semakan Keputusan)



Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 HGipt (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan HGipt bakal dibuka? Perhatian buat anak-anak Negeri Sarawak yang telah melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk makluman anda, permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Yayasan Sarawak. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2020 HGipt (Semakan Online)

Sedia maklum, Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) dibuka sepanjang tahun dan tidak mempunyai tarikh tutup permohonan.
Matlamat utama pelaksanaan HGipt adalah bertujuan untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 HGipt (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT termasuk syarat kelayakan permohonan, kadar bantuan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT Online

1. Layari Portal Rasmi Yayasan Sarawak secara online menerusi pautan di https://yayasansarawak.org.my/.

2. Klik bahagian ‘Permohonan Atas Talian.’

3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan pemohon dan klik butang ‘Next.’

4. Masukkan maklumat-maklumat seperti berikut untuk pendaftaran:

i) No. telefon bimbit
ii) Emel
iii) Password
iv) Petunjuk Password
v) Soalan Keselamatan
vi) Jawapan Keselamatan
Tandakan ‘/’ pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’

5. Selepas itu, masukkan captcha yang dipaparkan dan klik pada butang ‘Register.’

6. Login untuk membuat permohonan secara online.

7. Klik pada butang 'Hantar' apabila selesai mengisi maklumat permohonan.

Kadar Bantuan HGipt 2022

Kadar pemberian HGipt adalah bergantung kepada kategori berikut:

◼️ Pengajian Dalam Sarawak: RM1,000
◼️ Pengajian Luar Sarawak: RM1,500

Syarat Kelayakan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 HGipt

Antara Syarat Kelayakan Hadiah Galakan Ke IPT adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak Jati Sarawak.
2. Permohonan terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
3. Pemohon mestilah mengikuti pengajian sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
4. Ibu bapa atau penjaga pelajar mestilah mempunyai pendapatan perkapita RM1,500 dan ke bawah.
5. Permohonan hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

Semakan Keputusan Hadiah Galakan Ke IPT 2022 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau menghantar emel ke alamat ys@yayasansarawak.org.my.

Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

Semoga perkongsian Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.