Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 TBRS (Semakan Status)



Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 TBRS (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN bakal dibuka? Perhatian buat anda Perusahaan Mikro yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi TEKUN.

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 TBRS (Semakan Status)

Sedia maklum, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) telah mengumumkan satu inisiatif iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN kepada perusahaan mikro yang terjejas disebabkan penularan pandemik COVID-19. Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) merupakan skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19. Bagi anda yang lulus akan menerima pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Mikro PENJANA bermula dari RM1,000 sehingga RM10,000.

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 TBRS (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN termasuk syarat kelayakan permohonan, tempoh dan jumlah pembiayaan:

Cara Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Online

1. Usahawan boleh menghantar borang permohonan melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan pemohon.

2. Maklumat pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui pautan di https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

Syarat Kelayakan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN

Antara syarat-syarat permohonan skim Pemulihan Perniagaan TEKUN adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia (Bumiputera atau India).
2. Berumur 18 - 60 tahun
3. Bebas daripada tindakan kebankrapan.
4. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada).
5. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
6. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
7. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.

Tempoh Pembiayaan dan Kadar Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN

Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun hingga 3 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan oleh skim ini adalah sebanyak 3.5% setahun.

Jumlah Pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Mikro PENJANA bermula dari RM1,000 sehingga RM10,000.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan TBRS, sila hubungi di talian 03 - 9059 888.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 TBRS ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.