Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2023



Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2023|ANDA ingin renew CIDB Green Card? Perhatian buat anda pekerja binaan yang ingin ketahui cara renew dan harga Kad Hijau CIDB secara online. Untuk makluman anda, kini anda boleh renew Kad Hijau CIDB secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi CIDB. Berikut dikongsikan Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2023 buat rujukan anda.

Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2020

Sedia maklum, Green Card atau Kad Hijau CIDB juga mudah dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Kad Hijau CIDB merupakan satu perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus dan latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia.

Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Renew Kad Hijau CIDB termasuk harga dan cara pembayaran renew:

Cara Renew CIDB 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi CIDB secara atas talian (online) menerusi pautan di https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.

2. Login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Kemudian, pilih "Construction Personnel".

4. Pilih Construction Personnel Module, dan pilih pula "Personnel Card".

5. Isikan maklumat yang diperlukan diruangan yang disediakan. Anda diberi pilihan untuk membayar secara online banking, atau hanya perlu ke kaunter CIDB.

6. Anda akan diberi pilihan sama ada untuk mendapatkan green card anda secara pos terus ke alamat surat menyurat anda, atau boleh mengambil kad anda di kaunter CIDB.

7. Anda akan dimaklumkan sekiranya green card anda telah selesai dikemaskini.

Harga Renew Kad Hijau CIDB 2023

Berikut dikongsikan Senarai Harga Renew Kad Hijau CIDB tahun 2023:

A. Pekerja Tempatan

      Tempoh                 Harga

     1 Tahun              RM85.00
     2 Tahun              RM135.00
     3 Tahun              RM185.00
     4 Tahun              RM225.00
     5 Tahun              RM260.00

B. Pekerja Asing

     Tempoh                 Harga

     1 Tahun             RM360.00
     2 Tahun             RM360.00
     3 Tahun             RM360.00
     4 Tahun             RM360.00
     5 Tahun             RM360.00

Semoga perkongsian Harga dan Cara Renew Kad Hijau CIDB Online 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.