Permohonan Ex-Gratia Kematian 2020 Online (Borang)



Permohonan Ex-Gratia Kematian 2020 Online (Borang)|ANDA ingin daftar Ex-Gratia Kematian bagi tahun 2020? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Ex-Gratia Kematian secara online. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Ex-Gratia Kematian Online buat rujukan anda.

Permohonan Ex-Gratia Kematian 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu insentif baharu faedah terbitan kepada penjawat awam iaitu Ex-Gratia Kematian. Ex-Gratia Kematian merupakan satu insentif oleh Kerajaan Malaysia kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan iaitu dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan. Tujuan pelaksanaan Ex-Gratia Kematian adalah bagi membantu meringankan beban tanggungan atau waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

Permohonan Ex-Gratia Kematian 2020 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Ex-Gratia Kematian termasuk kategori penjawat awam, contoh pengiraan dan jumlah:

Borang Permohonan Ex-Gratia Kematian Online

1. Muat turun borang permohonan di SINI.

2. Kemudian, isikan maklumat pemohon, anak, ibu atau atau bapa dan pengakuan pemohon dengan lengkap di dalam borang permohonan tersebut.

3. Borang permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan dan perlu disertakan dengan beberapa dokumen seperti berikut:

i) Sijil Buku Perkhidmatan Kerajaan yang disahkan
ii) Kenyataan Cuti
iii) Sijil Kematian Anggota
iv) Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir setiap waris
v) Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika berkaitan)
vi) Sijil Lahir anak anggota
vii) Sijil Lahir Gemulah
viii) Akaun bank perseorangan setiap waris
ix) Borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Borang JPA.BP.SPT.B03a) (jika berkaitan)
x) Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)
xi) Borang Daftar Anak Kurang Upaya (Borang JPA.BP.UMUM.B04) (jika berkaitan)
xii) Sijil Akuan Berhutang dengan dokumen pembuktian yang lengkap

4. Borang permohonan dan dokumen yang lengkap diisi perlu dihantar kepada ke alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

Kategori Penjawat Awam Yang Layak

Kategori Penjawat Awam Yang Layak
Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada penjawat awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terdapat 4 kategori penjawat awam yang layak memohon iaitu:

1. Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan
2. Penjawat Awam Perkhidmatan Negeri
3. Penjawat Awam Pihak Berkuasa Berkanun
4. Penjawat Pihak Berkuasa Tempatan

Jumlah Pemberian Ex-Gratia Kematian

Jumlah dan kadar pemberian Ex-Gratia Kematian adalah seperti berikut:

Perkhidmatan kurang 60 bulan: RM150,000
Perkhidmatan 61-120 bulan: RM100,000
Perkhidmatan 121-180 bulan: RM75,000
Perkhidmatan 181-240 bulan: RM50,000
Perkhidmatan lebih 240 bulan: Tiada

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pemohon boleh menghantar email kepada mypesara@kwap.gov.my atau menghubungi talian di 03-8887 8777.

Semoga perkongsian Permohonan Ex-Gratia Kematian 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.