Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2020 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda usahawan mikro Negeri Sembilan yang berkelayakan membuat permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 boleh dibuat secara online mulai 19 Ogos 2020 sehingga 20 September 2020 menerusi Portal Rasmi TUNS.

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan pembiayaan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan sebanyak RM3000. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan melalui TUNS. Tujuan utama penubuhan TUNS adalah untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan berskala mikro yang berjaya.

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online

1. Layari Laman Web TUNS secara atas talian menerusi pautan di https://tuns.my/.

2. Kemudian, klik pada butang ‘Mohon Sekarang.’

3. Isikan maklumat mengenai butiran pemohon dan klik butang ‘Semak Permohonan.’

4. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang dikehendaki.

5. Selepas itu, perakukan permohonan dan klik pada butang "Hantar".

Syarat Kelayakan Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Perniagaan perlulah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
3. Perniagaan perlu beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
4. Perniagaan mestilah memenuhi definisi mikro iaitu jualan tahunan kurang RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
5. Perniagaan yang dijalankan adalah secara sepenuh masa.

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan ialah:

1. Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)
2. Gambar pemohon berukuran passport
3. Salinan lesen perniagaan
4. Salinan perakuan pendaftaran SSM (perlu disahkan)
5. Salinan penyata kewangan/akaun bank
6. Gambar perniagaan (screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan).
7. Salinan perjanjian sewa
8. Bil utiliti/resit pembayaran
9. Sebut harga

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak TUNS

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan TUNS kecuali:

- Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
- Institusi kewangan/pinjaman wang
Multi-level Marketing (MLM)
- Ejen jualan/wakil penjual/dropship
Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

Jenis Perniagaan Yang Layak TUNS

Antara pembiayaan yang boleh dimohon melalui TUNS ialah:

- Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
- Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
- Promosi dan Pemasaran
- Pembelian Bahan Mentah
- Modal Kerja

Semakan Status Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus ke alamat:

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) PKNNS, 23-H,
Jalan Zaaba, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Semoga perkongsian Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.