Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2022



Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2022|APA itu BigPay? Bagaimana cara daftar akaun BigPay AirAsia dengan mudah? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar Kad BigPay. Berikut dikongsikan Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2022 buat rujukan anda.

Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2020

Sedia maklum, BigPay diperkenalkan oleh AirAsia. Ia merupakan sebuah aplikasi smartphone yang boleh digunakan untuk aktiviti jual beli online, hantar duit dan terima duit. Selain itu, ia juga adalah sebagai e-Wallet dan prepaid masterkad.

Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Kad BigPay AirAsia 2022 termasuk kelebihan dan kekurangan BigPay:

Pendaftaran Akaun BigPay 2022

1. Anda perlu muat turun aplikasi BigPay menerusi pautan seperti dibawah:

◼️Muat turun BigPay Android
◼️Muat turun BigPay iOS

2. Kemudian, tekan pada butang Sign Up.

3. Pilih Malaysia dan tekan Next.

4. Masukkan No Telefon anda yang aktif.

5. Kemudian, masukkan No. Kod Pengesahan yang diterima dari SMS.

6. Set kan Password yang akan digunakan setiap kali untuk log in dan juga kod pada kad anda.

7. Klik I Accept dan tekan Lets Start.

8. Masukkan butiran peribadi anda seperti alamat, emel, nama, alamat dan sebagainya.

9. Tekan Next dan tangkap gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda. Anda perlu membuat pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan.

10. Tambah nilai RM20.00 dengan menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda.

11. Anda akan menerima wang itu kembali di dalam akaun BigPay kemudian.

Kebaikan dan Keburukan BigPay Air Asia

A. Kebaikan BigPay

1. Anda boleh miliki masterkad yang boleh digunakan di seluruh dunia.
2. Transaksi online luar negara lebih mudah tanpa perlu aktifkan kad.
3. Tiada cas tersembunyi untuk pertukaran mata wang antarabangsa.
4. Boleh kumpul Big Point untuk buat pembelian tiket kapal terbang.
5. Boleh lock/freeze kad dengan pantas menggunakan apps jika kad hilang atau dicuri.

B. Keburukan BigPay

1. Sistem e-Wallet BigPay belum masih popular di kalangan peniaga di Malaysia.
2. Tidak boleh digunakan untuk bayar Grab.
3. Bagi mereka yang ingin berbelanja besar, maximum top-up hanya RM10,000 sahaja.

Semoga perkongsian Cara Daftar Kad BigPay AirAsia tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.