Sinopsis Filem Jebat (2020) Lakonan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose



Sinopsis Filem Jebat (2020) Lakonan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose|ADAKAH anda peminat filem tempatan? Saksikan filem akan datang berjudul 'Jebat' yang bakal ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 mulai 3 September 2020. Bakal dibintangi lakonan hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini diarahkan oleh Jamal Khan dan terbitan dibawah Pena Creative Pictures. Berikut dikongsikan Sinopsis Filem Jebat (2020) buat rujukan anda.

Sinopsis Filem Jebat (2020) Lakonan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose

Sedia maklum, Filem Jebat adalah kesinambungan menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Sinopsis Filem Jebat (2020) Lakonan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Filem Jebat termasuk senarai pelakon dan tarikh tayangan:

Info Penting Filem Jebat

JUDUL : JEBAT
TARIKH TAYANGAN : 3 September 2020
SIARAN TV : Astro First saluran 480
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Pena Creative Pictures
SENARAI PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy, Louisa Chong

Sinopsis Filem Jebat (2020)

Mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin. Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya apabila hidupnya masih diganggu konco-konco gangster.

Jebat dan Mastura yang sedang berbulan madu di luar negara berdepan situasi tidak disangka yang membuatkan Jebat mula risau.

Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gengstar yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.

No comments

Powered by Blogger.