Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon i-Sinar KWSP? Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online. Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 menerusi Portal Rasmi i-Sinar. Berikut dikongsikan Cara Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online buat rujukan anda.

Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula 21 Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada 11 Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan, jumlah pengeluaran dan semakan status:

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Online

Permohonan i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online di Portal Rasmi i-Sinar menerusi pautan di https://isinar.kwsp.gov.my/.

2. Isikan maklumat seperti No. My Kad dan No. Telefon yang disahkan. Klik pada butang "TERUSKAN".

3. Isikan No. OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP.

4. Tetapkan Amaun Pilihan anda.

5. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN.

6.  Kemudian, isikan butiran maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

7. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.

8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran sebelum tekan HANTAR.

9. Permohonan anda diterima dan akan diproses. Klik pada butang "Cetak & Simpan" untuk rujukan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP

Antara Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Semakan Status i-Sinar KWSP 2020 Online

1. Layari Portal Rasmi i-Sinar secara atas talian (online) mulai 4 Januari 2021 menerusi pautan di https://isinar.kwsp.gov.my/.

2. Masukkan No. MyKad dan No. Tel Bimbit yang disahkan.

3. Kemudian, tandakan diruangan "Saya bukan robot".

4. Klik pada butang "SEMAK STATUS" untuk ketahui status kelulusan permohonan anda.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar KWSP, sila hubungi di Talian Hotline 03 - 89224848 atau layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan i-Sinar KWSP Secara Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.