Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 2021 Online (Tarikh Bayaran)



Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 2021 Online (Tarikh Bayaran)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 bakal dibuka? Berita baik buat rakyat negeri Sabah yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 tahun 2021. Untuk makluman anda, semakan status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 boleh dibuat secara online menerusi laman web di https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status BSP 3.0 2021 buat rujukan anda.

Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 2021 Online (Tarikh Bayaran)


Sedia maklum, Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665. Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.


Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 2021 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin BSP 3.0 termasuk semakan kelayakan dan tarikh bayaran:


Cara Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0

1. Untuk semakan kelayakan dan permohonan BSP 3.0, boleh rujuk laman web di https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/


Semakan Kelayakan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 RM300

Bantuan RM300 diperuntukkan kepada golongan seperti berikut:

- Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih

- Usahawan mikro dan kotej

- Penjaja Kecil

- Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.

- Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS.

- Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan).


Tarikh Pembayaran Bantuan Sabah Prihatin BSP 3.0

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 akan diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSP 3.0, sila layari laman sesawang di https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

Semoga perkongsian Semakan Status Bantuan Sabah Prihatin 3.0 dijadikan rujukan buat anda semua!

2 comments:

  1. blh tak mau kemaskini no akaun bank dan e-mel? sebab keputusan saya pembayaran tidak berjaya di sebab kan akau bank saya di tutup dan e-mel yg di bagi itu suda tidak di guna disebabkan lupa.

    ReplyDelete
  2. saya peniaga mikro tapi tetap tak layak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.