Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Aprena Manrose & Hisyam Hamid



Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Aprena Manrose & Hisyam Hamid|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang berjudul 'Hatimu Sedingin Salju' yang bakal ditayangkan mulai 24 Jun 2021 jam 7:00 malam di slot Akasia TV3. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Malek Mccrone, Scha Eliana dan ramai lagi. Drama bersiri 28 episod ini merupakan arahan Bahri Uma dan terbitan dibawah Orangetree Production. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Aprena Manrose & Hisyam Hamid

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Aprena Manrose & Hisyam Hamid

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju termasuk senarai pelakon, sinopsis novel dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Info Penting Drama Hatimu Sedingin Salju

JUDUL : HATIMU SEDINGIN SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : -
SIARAN TV : Akasia TV3
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Orangetree Production
SENARAI PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Malek Mccrone, Ziema Din, Hilman Alef, Mustafa Kamal, Zila Bakarin, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Eliana, Khaty Azian

WATAK PELAKON:

Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena 
Mustafa Kamal sebagai Dato Jamal
Zila Bakarin sebagai Puan Noraini
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Scha Eliana sebagai Melissa 

Senarai Lagu Tema dan OST Drama Hatimu Sedingin Salju

*Akan dikemaskini

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju

Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat. Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya. 

Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari.

Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama. 

Arman terpaksa melepaskan Rania kerana mahu memberi peluang kepada kawan baiknya Haikal yang sangat menyintai Rania. Perasaannya dipendam sehingga menyebabkan 

Arman berputus asa untuk bercinta lagi. Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu?

1 comment:

Powered by Blogger.