Permohonan Moratorium Maybank 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan Moratorium Maybank 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Moratorium Maybank 2021 (PEMULIH) bakal dibuka? Perhatian buat anda individu yang berpendapatan dibawah 40 peratus (B40), pertengahan 40 peratus (M40) dan atas 20 peratus (T20) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Moratorium Maybank terkini tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Moratorium Maybank 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 20 Julai 2021 menerusi Portal Rasmi Maybank2u. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Moratorium Maybank 2021 Online buat rujukan anda.

Permohonan Moratorium Maybank 2021 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Maybank menawarkan saluran yang mudah kepada pelanggannya untuk memilih moratorium enam bulan. Selain itu, Maybank turut menawarkan pilihan tambahan bantuan pembayaran balik (RA) pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk enam bulan bagi pelanggan yang mahukan alternatif selain moratorium. Pelan itu layak untuk pinjaman atau pembiayaan yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021, dan tidak tertunggak lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan diserahkan kepada bank.


Permohonan Moratorium Maybank 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Moratorium Maybank termasuk syarat kelayakan permohonan, jenis pinjaman dan semakan status:


Cara Permohonan Moratorium Maybank Terkini 2021

1. Bank berkenaan meminta pelanggan untuk memohon pelan tersebut menerusi laman Bantuan Bayaran Balik Maybank2u Covid-19 di www.maybank2u.com.my/covid19 atau mohon secara dalam talian melalui Maybank2u (mulai 20 Julai 2021).


Syarat Kelayakan Moratorium Maybank 2021

Antara Syarat Kelayakan Moratorium Maybank adalah seperti berikut:

1. Moratorium bagi ansuran bulanan atau pelan RA merangkumi semua pinjaman dan pembiayaan tidak termasuk kad kredit

2. Layak bagi individu termasuklah yang berpendapatan di bawah 40 peratus (B40), pertengahan 40 peratus (M40) dan atas 20 peratus (T20)

3. Kesemua perusahaan mikro, dan perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas oleh pandemik Covid-19


Jenis Pinjaman Yang Dibenarkan Moratorium Maybank

Berikut dikongsikan senarai pinjaman yang dibenarkan Moratorium Maybank:

- Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing

- Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)

- Pinjaman pelajaran (education)

- Pinjaman ASB (ASB financing)

- Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)

- Hire Purchase

- Pinjaman kenderaan

- Personal Loan / Financing

- Pinjaman peribadi


Senarai Pilihan Moratorium Maybank 2021

Berikut dikongsikan pilihan-pilihan yang terdapat di Moratorium Maybank

Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan

Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan


Semakan Status Moratorium Maybank 2021

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai moratorium/RA Maybank selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), boleh layari www.maybank2u.com.my/covid19 atau hubungi Talian Hotline Penjagaan Pelanggan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau 03 -78443696 (luar negeri) dan tekan *1 untuk 'Bantuan Pembayaran Balik'.

Semoga perkongsian Permohonan Moratorium Maybank 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.