Senarai Harga Mas Kahwin 2024 Ikut Negeri (Kadar)



Senarai Harga Mas Kahwin 2024 Ikut Negeri (Kadar)|BERAPA harga mas kahwin ikut negeri di Malaysia bagi tahun 2024? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui senarai kadar dan harga mas kahwin setiap negeri di Malaysia. Berikut dikongsikan Senarai Harga Mas Kahwin 2024 Ikut Negeri Di Malaysia buat rujukan anda.

Senarai Harga Mas Kahwin 2022 Ikut Negeri (Kadar)

Sedia maklum, mas kahwin atau mudah dikenali sebagai mahar merupakan pemberian daripada seorang lelaki kepada isterinya dimana duit ini adalah hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut kembali oleh suami atau keluarganya hatta selepas berkahwin sekali. Manakala, duit hantaran pula adalah sekadar adat dimana nilainya bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan wanita. Nilai mas kahwin/ mahar ini ditentukan oleh negeri tempat bakal isteri anda dan hukumnya adalah wajib dibayar oleh pihak lelaki.

Senarai Harga Mas Kahwin 2024 Ikut Negeri (Kadar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Harga Mas Kahwin Setiap Negeri 2024 termasuk kadar mas kahwin Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan:

Kadar Mas Kahwin Setiap Negeri 2024

Berikut dikongsikan kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal untuk setiap negeri di Malaysia:

A. Kadar bagi wanita dara

Perlis – Tidak ditentukan
Kedah – Tidak ditentukan
Pulau Pinang – RM24
Perak – RM101
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – RM80
Selangor – RM300
Negeri Sembilan – RM200
Melaka – RM100
Johor – RM22.50
Pahang – RM22.50
Kelantan – Tidak ditentukan
Terengganu – Tidak ditentukan
Sarawak – RM120
Sabah – RM100
Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

B. Kadar bagi janda/ibu tunggal

Perlis – Tidak ditentukan
Kedah – Tidak ditentukan
Pulau Pinang – RM24
Perak – RM101
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – RM40
Selangor – RM300
Negeri Sembilan – RM100
Melaka – RM100
Johor – RM22.50
Pahang – RM22.50
Kelantan – Tidak ditentukan
Terengganu – Tidak ditentukan
Sarawak – RM120
Sabah – RM80
Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

Harga Mas Kahwin di Singapura 2024

1. Mahar di Singapura boleh diberikan dalam bentuk tunai atau emas mahupun perak.

2. Kadar minimum semasa untuk bayaran mas kahwin di Singapura adalah USD$100 dan ke atas (mengikut kemampuan masing-masing).

Semoga perkongsian Senarai Harga Mas Kahwin Ikut Negeri tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.