Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)



Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)|APA itu MyAirline Malay? Bagaimana cara daftar akaun dan tempah tiket penerbangan MyAirline secara online? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara daftar akaun dan tempah tiket MyAirline Malaysia tahun 2023. Berikut dikongsikan Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)

Sedia maklum, Syarikat penerbangan berkos rendah yang dikenali sebagai "MyAirline" secara rasmi bakal memulakan operasi pada 1 Disember 2022. MyAirline yang diasaskan pada 11 Januari 2021 oleh Rayner Teo Kheng Hock yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah yang didokong kewangannya oleh Zillion Wealth Bhd, Trillion Cove Holdings Bhd dan Faizal Dato Badarudin menguruskan syarikat MYAirline Sdn Bhd ini. MYAirline bermatlamat untuk menawarkan penerbangan dengan harga mampu milik kepada semua pengguna di samping memberikan perkhidmatan yang berkualiti.


Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tempah Tiket MyAirline termasuk daftar, login akaun dan promosi tiket:


Cara Daftar MyAirline 2023 Online (Register)

Berikut dikongsikan cara daftar dan register akaun MyAirline secara online:

1. Pertama kali, anda perlu login MyAirline secara atas talian menerusi Portal Rasmi MyAirline di pautan https://www.myairline.my

2. Klik pada bahagian “Daftar Masuk” dan pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan.

3. Kemudian, klik pada butang “Buat Akaun”.

4. Masukkan maklumat pengguna dengan lengkap dan klik pada butang “Seterusnya”.

5. Pengesahan pendaftaran akaun anda akan dihantar melalui emel. Pengguna perlu activate akaun MYAirline dengan log masuk ke akaun yang didaftarkan tadi.

Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)


Cara Login Akaun MyAirline 2023 Online

Berikut dikongsikan cara log masuk akaun MyAirline secara online:

1. Layari Portal Rasmi MyAirline dan klik pada bahagian “Daftar Masuk”.

2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang disahkan lalu klik pada butang “Log Masuk”.

3. Kemudian, paparan menu utama Portal Rasmi MyAirline akan dipaparkan bagi tujuan booking tiket penerbangan.


Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online

Berikut dikongsikan cara booking tiket penerbangan MyAirline tahun 2023 secara online:

1. Layari Portal Rasmi MyAirline secara atas talian untuk tujuan booking menerusi pautan di https://booking.myairline.my

2. Kemudian, pengguna perlu memasukkan butiran perjalanan seperti jenis perjalanan, kuantiti penumpang, destinasi perlepasan, destinasi ketibaan dan tarikh penerbangan.

3. Klik pada butang “Cari Penerbangan MyAirline”

4. Seterusnya, senarai jadual penerbangan akan dipaparkan di screen anda.

5. Anda perlu klik pada mana-mana penerbangan yang diingini dan klik pada butang “Teruskan”.

6. Anda akan diberi pilihan untuk membuat tambahan bagasi, pemilihan makanan dan pemilihan tempat duduk.

7. Pengguna mestilah memasukkan butiran tempahan berkaitan dengan maklumat diri pengguna dan klik pada butang “Teruskan” untuk membuat pembayaran tiket penerbangan.

8. Anda perlu membuat pembayaran mengikut jumlah yang dinyatakan dan pihak MyAirline akan menghantar tiket digital kepada pengguna melalui emel sebagai tanda pengesahan pembelian tiket penerbangan.

Cara Tempah Tiket MyAirline 2023 Online (Daftar Akaun & Login)


Cara Check Promosi Tiket MyAirline 2023

1. Pengguna boleh memeriksa promosi tiket MyAirline melalui Portal Rasmi www.myairline.my di bahagian promosi MyAirline.

2. Bagi ahli MyAirlines, pengguna akan menerima emel promosi-promosi terkini yang berkaitan penerbangan MyAirline.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MyAirline, sila layari Portal Rasmi https://www.myairline.my/ atau boleh rujuk di:

Instagram: https://www.instagram.com/flymyairline/

Facebook: https://www.facebook.com/FlyMYAirline/

FAQ (Soalan Lazim): https://www.myairline.my/faq/

Semoga perkongsian Cara Tempah Tiket MyAirline tahun 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.