Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2022 KISS Online



Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2022 KISS Online|APA itu bantuan KISS? Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan bantuan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor khususnya kepada golongan ibu. Program yang dinamakan KISS ini diperkenalkan bagi membantu para ibu di negeri Selangor yang berpendapatan isi rumah dibawah RM2,000 sebulan, ibu tunggal dan wanita yang tidak berkahwin tetapi menjaga ibu bapa yang layak memohon. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor KISS 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Melalui program Kasih Ibu Smart Selangor ini, ibu di negeri Selangor layak menerima bantuan sebanyak RM 200 setiap bulan atau RM 2,400 setahun kepada 30,000 penerima.

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2022 KISS Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Kasih Ibu Smart Selangor:

Cara Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2022 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi KISS secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 www.kiss.com.my

ATAU:-
Secara manual :
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web DISINI atau boleh diambil di :

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras
    Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras
    Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi,
    Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua
    Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Syarat Kelayakan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2022

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2022:

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di
     Selangor melebihi 10 tahun ; dan
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
     dan
4.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu      tunggal) yang mempunyai
     anak/tanggungan di bawah umur 21
     tahun; dan
5.  Pendapatan isi rumah di bawah RM
     2,000 sebulan.

Manfaat Kad KISS Selangor

◾Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
◾Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
◾Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
◾Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
◾Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
◾Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03 - 5525 6600 atau No. faks di 03 - 5525 6900.


Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Online

Selamat membuat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tahun 2022 secara online!

4 comments:

  1. ape website untuk daftar kasih ibu smart selangor??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap maklum! Tunggu tarikh rasmi dari kerajaan Selangor. Akan dikemaskini dari masa ke masa

      Delete
  2. macamna nak tau lulus atau tak permohonan kiss....dah apply dah..tq

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak tau lulus atau tak permohonan kiss.saya sudah mohon

    ReplyDelete

Powered by Blogger.