Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online|
ADAKAH anda seorang penjawat atau kakitangan kerajaan/awam? Apa itu skim PPA1M? PPA1M adalah satu Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2018 Online
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Objektif PPA1M ditubuhkan adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Untuk makluman anda, projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dibuka untuk permohonan kepada semua penjawat awam di semua perkhidmatan seperti berikut:

a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
b. Perkhidmatan Awam Negeri
c. Badan Berkanun Persekutuan
d. Badan Berkanun Negeri
e. Pihak Berkuasa Tempatan

Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Berikut dikongsikan panduan permohonan rumah PPA1M secara online:

1. Pertama kali anda perlu mendaftar
    akaun pemohon terlebih dahulu
KLIK: 👉 Daftar Akaun Pemohon

2. Setelah berjaya mendaftar, anda
    diberikan kata nama dan kata laluan 
    yang dihantar menerusi email sebagai
    untuk mengakses sistem aplikasi borang
    permohonan PPA1M online.

3. Kemudian, anda perlu log masuk ke
    laman portal rasmi PPA1M seperti
    berikut:
KLIK: 👉 https://apps.ppa1m.gov.my/login

Jenis Rumah dan Saiz Ditawarkan

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPA1M ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Syarat Kelayakan Permohonan PPA1M

◾Warganegara Malaysia
◾Semua penjawat awam dari kesemua
     gred jawatan boleh memohon
◾Penjawat awam yang telah pencen dan
     kontrak
◾Boleh memohon lebih dari satu projek
     pada satu-satu masa
◾Moratarium selama 10 tahun akan
     dikenakan dimana-mana rumah yang
     dibeli tidak boleh dipindah milik atau
     dijual tanpa kebenaran Kerajaan
◾ Soalan Lazim (FAQ) PPA1M
◾ Senarai Projek

Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online
👉 Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Cara Hubungi PPA1M

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PPA1M boleh hubungi melalui:

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-8880 5118
Faks: 603-8880 5119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.