Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Maybank 2017

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Maybank 2017|
APA itu SPP1M? Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) merupakan skim tambahan yang boleh dikatakan sebagai bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan untuk memberi manfaat kepada mahasiswa. Tarikh tutup permohonan SPP1M adalah pada 31 Disember 2017.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Maybank 2017

Skim ini dilaksanakan sebagai bantuan kewangan untuk pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda atau masters di universiti-universiti dalam negara.

Skim ini adalah hasil kolaborasi antara Maybank dan Yayasan Peneraju untuk membantu pelajar yang memerlukan. Jumlah pembiayaan maksimum pengajian sehingga RM200,000.00.

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Maybank 2017

Berikut adalah permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia 2017 untuk panduan anda:

1. Anda perlu memuat turun borang yang
    disediakan dibawah:

KLIK: 👉 Borang Permohonan
KLIK: 👉 Borang Pengesahan Status Pelajar
KLIK: 👉 Borang Senarai Semak Permohonan SPP1M

2. Hantar borang yang lengkap diisi
    bersama salinan asal dokumen sokongan
    ke cawangan Maybank.

Syarat Kelayakan Permohonan SPP1M 2017

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 hingga 35 tahun
◾Pelajar semester dua dan keatas yang
     memilki CGPA 3.00 dan ke atas.
◾Pelajar sepenuh masa
◾Program pengajian di universiti yang
     diluluskan oleh Yayasan Peneraju
◾Pemohon perlu memastikan yuran
     pengajian terdahulu telah dilangsaikan

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan SPP1M, boleh hubungi di talian 1300 88 6688 atau layari laman web di www.maybank.com.my

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda membuat permohonan SPP1M 2017! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.