Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online|ADAKAH anda sebagai penjawat awam layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan? Bagaimanakah cara memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan? Untuk makluman anda, sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Namun kini, dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online dan SMS
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Jenis Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan

Terdapat 2 skim pinjaman iaitu:
1. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional
2. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep Al-Bai Bithaman Ajil

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA secara online:

1. Anda dikehendaki membuat
    pendaftaran ID Pengguna terlebih
    dahulu buat pengguna kali pertama.
KLIK: 👉 SPPB LPPSA

2. Klik pada menu Pendaftaran ID Baru.

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

3. Semua maklumat yang bertanda (*)
    adalah wajib diisi.


Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

4. Selepas siap pendaftaran, anda boleh
    login masuk untuk membuat
    permohonan pinjaman perumahan
    kerajaan.

5. Log masuk menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan.

6. Kemudian, klik untuk sah dan simpan
    maklumat dan ke skrin Maklumat 
    Pinjaman.

7. Satu bahagian klik untuk kemaskini
    Maklumat Harta.

Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

◾Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
◾Warganegara Malaysia
◾Borang permohonan dikemukakan 1
     tahun sebelum bersara (bagi penjawat
     awam Skim Berpencen), dan 5 tahun
     sebelum tamat perkhidmatan (bagi
     penjawat awam Skim KWSP)
◾Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
◾Telah disahkan dalam jawatan
◾Bukan seorang muflis @ si berhutang
     hukuman @ pemakan gaji tidak
     berkemampuan @ sedang dalam
     tindakan tatatertib
◾Perjanjian jualbeli atau perjanjian
     pembinaan rumah perlu penyaksian
     peguam
◾Pinjaman bersama suami dan isteri,
     Pinjaman ambil alih antara suami dan
     isteri dan Pinjaman dua nama di dalam
     perjanjian jual beli mestilah disertakan
     dengan salinan Sijil Nikah atau
     Pendaftaran Perkahwinan yang diakui
     sah oleh Ketua Jabatan.

Carta Alir Proses Pembiayaan

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian:

Pusat Panggilan Utama : 03 - 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :

PUSAT PANGGILAN
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : Pusat Panggilan BEROPERASI)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 12.30 tengahari – 2.30 petang)

KAUNTER PUSAT
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : Kaunter Pusat DIBUKA)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 11.45 pagi – 2.45 petang)

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.