Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online (Login)



Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online (Login)|ADAKAH anda sebagai penjawat awam layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan? Bagaimanakah cara memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)? Untuk makluman anda, sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Namun kini, dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Berikut dikongsikan Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online (Login)

Jenis Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan

Terdapat 2 skim pinjaman iaitu:
1. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional
2. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep Al-Bai Bithaman Ajil

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA secara online termasuk cara login:

Cara Permohonan Pinjaman LPPSA 2023 Online

1. Anda dikehendaki membuat
    pendaftaran ID Pengguna terlebih
    dahulu buat pengguna kali pertama.
KLIK 👉 SPPB LPPSA

2. Klik pada menu Pendaftaran ID Baru.

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

3. Semua maklumat yang bertanda (*)
    adalah wajib diisi.


Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

4. Selepas siap pendaftaran, anda boleh
    login masuk untuk membuat
    permohonan pinjaman perumahan
    kerajaan.

5. Log masuk menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan.

6. Kemudian, klik untuk sah dan simpan
    maklumat dan ke skrin Maklumat 
    Pinjaman.

7. Satu bahagian klik untuk kemaskini
    Maklumat Harta.

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 2023

◾Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
◾Warganegara Malaysia
◾Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun  sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
◾Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
◾Telah disahkan dalam jawatan
◾Bukan seorang muflis @ si berhutang  hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
◾Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
◾Pinjaman bersama suami dan isteri,  Pinjamanambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Carta Alir Proses Pembiayaan

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut LPPSA, boleh dihubungi di talian:

Pusat Panggilan Utama : 03 - 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :

PUSAT PANGGILAN
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : Pusat Panggilan BEROPERASI)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 12.30 tengahari – 2.30 petang)

KAUNTER PUSAT
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : Kaunter Pusat DIBUKA)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 11.45 pagi – 2.45 petang)

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA tahun 2023!

No comments

Powered by Blogger.