Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2019 Online

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2019 Online|APA itu TUBE MEGA? Bilakah tarikh permohonan TUBE Mega 2019 dibuka? TUBE atau Tunas Usahawan Belia Bumiputera merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Untuk makluman anda, permohonan TUBE Mega 2019 dijangka akan dibuka secara online pada bulan Disember 2018.

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2018 Online

Program TUBE menyasarkan golongan belia bumiputera yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun yang mempunyai keinginan mendalam dalam bidang perniagaan.

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE Mega 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh, aplikasi, tarikh penting dan syarat kelayakan:

◾ Tarikh Permohonan: *Akan dikemaskini
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 TUBE SMECORP

Syarat Kelayakan Permohonan TUBE 2019

Antara syarar kelayakan permohonan TUBE adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia bertaraf
    Bumiputera berumur di antara 18 - 30
    TAHUN pada tarikh tutup permohonan
    dalam talian;
i. Pemohon mestilah warganegara
   Malaysia;
ii. Ibu / bapa mestilah dilahirkan di
    Malaysia dan bertaraf Bumiputera.

◾Pemohon yang mempunyai sijil
     kemahiran dari institusi / pusat
     kemahiran tempatan akan diberikan
     keutamaan;

◾Belum memulakan perniagaan, namun
     mempunyai minat yang mendalam
     untuk mengusahakan perniagaan.
     Sekiranya telah menjalankan
     perniagaan, tarikh pendaftaran SSM
     mestilah kurang 12 bulan daripada
     tarikh tutup permohonan dalam talian;

i. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM
   kali pertama
ii. Bagi graduan institusi pengajian yang
     telah mendaftarkan perniagaan, tempoh
     tamat pengajian rasmi mestilah kurang
     dari 12 bulan daripada tarikh tutup
     permohonan. Sekiranya terpilih, surat
     pengesahan tamat pengajian daripada
     institusi pengajian mestilah dibawa
     semasa temuduga.
i. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran,
   maka tarikh perdaftaran baharu tidak
   diambil kira

◾Sihat tubuh badan dan boleh
    menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan
    lasak

i. Tidak mempunyai alahan yang serius
   (cth: alahan yang memudaratkan
   sekiranya mengikuti aktiviti lasak di Kem
   PLKN / kawasan hutan);
ii. Tidak pernah menjalani pembedahan /
     mengalami patah tulang dalam tempoh 6
     bulan sebelum tarikh tutup
     permohonan; dan
iii. Pemohon wanita yang disahkan hamil
      atau sedang dalam tempoh berpantang
      (100 hari selepas bersalin) sewaktu
     tarikh tamat permohonan dan / atau
     apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program
     tidak layak meneruskan Program.
iv. Bagi pemohon yang berstatus OKU,
     pemohon mestilah mengemukakan surat
     perakuan dan pelepasan Pegawai
     Perubatan yang bertauliah untuk
     mengikuti aktiviti fizikal dan lasak.

◾Pemohon tidak pernah disabitkan
    dengan kesalahan jenayah dan tidak
    pernah diisytiharkan muflis;

i. Pemohon yang sedang berada di dalam
   proses kebankrapan dan / atau proses
   tindakan Mahkamah juga tidak layak
   memohon

◾Pemohon bukan merupakan keluarga
     terdekat dengan mana-mana kakitangan
     SME Corp. Malaysia.

i. Keluarga terdekat merujuk kepada
   pasangan suami/isteri dan anak-anak.

◾Bagi pemohon pasangan suami isteri /
     adik-beradik, hanya salah seorang sahaja
     yang layak dipertimbangkan

i. Hanya salah seorang sahaja daripada
    pasangan suami / isteri / adik-beradik
    untuk setiap pengambilan.

◾Pemohon tidak bekerja sama ada di
     dalam sektor awam atau sektor swasta;
     dan

◾Pemohon tidak pernah menyertai
     Program ini sebelumnya.

Tarikh Penting Permohonan TUBE Mega

Permohonan dalam Talian : 18 Disember 2017 - 12 Januari 2018
Sesi Temuduga : Januari / Februari 2018
Tempoh Latihan di Kem (Fasa 1 & 2) : 3 - 23 Mac 2018 (21 Hari)
Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) : Jun 2018 - Mei 2019

Maklumat Penting

◾Sila pastikan emel yang digunakan
    semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan
    sah.
◾Sila lengkapkan semua soalan di setiap
    Seksyen dengan maklumat yang tepat
    dan betul sebelum menekan butang "Sah
    & Hantar"
◾Sebarang pengemaskinian maklumat
    tidak boleh dilakukan setelah anda
    menekan butang "Sah & Hantar".

◾Bukti penerimaan permohonan adalah
     melalui emel yang telah didaftarkan.

Semakan Permohonan TUBE 2019

*Tarikh semakan keputusan permohonan
  TUBE Mega 2019 akan dikemaskini dari
  semasa ke semasa

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Tel: 03-2775 6000
Infoline: 1-300-30-6000

Selamat membuat permohonan TUBE Mega tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.