Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018|APAKAH gred pemarkahan atau julat markah untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun 2018? Gred pemarkahan untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang digunapakai oleh seluruh sekolah dalam Sistem SAPS NKRA. Untuk makluman anda, semakan keputusan peperiksaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah boleh dibuat secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa. Penetapan julat dan gred markah oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016.

Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018


Sedia maklum, terdapat beberapa perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

Berikut dikongsikan gred pemarkahan terkini bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018:

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan dan Ujian

Perubahan dalam julat gred markah terkini melibatkan TIGA peringkat pembelajaran iaitu:

◾ Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah    
     (SR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah rendah meliputi pelajar Darjah 1 hingga 6 serta peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 80 - 100 : A : CEMERLANG
  • 65 - 79 : B : BAIK
  • 50 - 64 : C : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : D : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : E : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah 
    (MR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 serta peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 85 - 100 : A : CEMERLANG
  • 70 - 84 : B : KEPUJIAN
  • 60 - 69 : C : BAIK
  • 50 - 59 : D : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : E : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : F : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

C) Julat Gred Markah Menengah Atas
    (MA) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 4 hingga 5 serta peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 90 - 100 : A+: CEMERLANG TERTINGGI
  • 80 - 89 : A: CEMERLANG TINGGI
  • 70 - 79 : A-: CEMERLANG
  • 65 - 69 : B+: KEPUJIAN TERTINGGI
  • 60 - 64 : B: KEPUJIAN TINGGI
  • 55 - 59 : C+ : KEPUJIAN ATAS
  • 50 - 54 : C: KEPUJIAN
  • 45 - 49 : D: LULUS ATAS
  • 40 - 44 : E: LULUS
  • 0 - 39 : G: GAGAL
  • TH : TH: TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

Semoga perkongsian Gred Pemarkahan Terkini 2018 ini menjadi panduan dan rujukan bagi pelajar UPSR, PT3 dan SPM!

No comments

Powered by Blogger.