Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2023



Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2023|APAKAH gred pemarkahan atau julat markah peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun 2023? Gred pemarkahan untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang digunapakai oleh seluruh sekolah dalam Sistem SAPS NKRA. Untuk makluman anda, semakan keputusan peperiksaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah boleh dibuat secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa. Penetapan julat dan gred markah oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016. Berikut dikongsikan Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM 2023 buat rujukan anda.

Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

Sedia maklum, terdapat beberapa perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan gred pemarkahan terkini peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun 2023 termasuk markah sekolah rendah dan sekolah menengah:

Julat Gred Markah Peperiksaan dan Ujian 2023

Perubahan dalam julat gred markah terkini melibatkan TIGA peringkat pembelajaran iaitu:

◾ Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah    
     (SR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah rendah meliputi pelajar Darjah 1 hingga 6 serta peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 80 - 100 : A : CEMERLANG
  • 65 - 79 : B : BAIK
  • 50 - 64 : C : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : D : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : E : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah 
    (MR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 serta peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 85 - 100 : A : CEMERLANG
  • 70 - 84 : B : KEPUJIAN
  • 60 - 69 : C : BAIK
  • 50 - 59 : D : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : E : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : F : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

C) Julat Gred Markah Menengah Atas
    (MA) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 4 hingga 5 serta peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 90 - 100 : A+: CEMERLANG TERTINGGI
  • 80 - 89 : A: CEMERLANG TINGGI
  • 70 - 79 : A-: CEMERLANG
  • 65 - 69 : B+: KEPUJIAN TERTINGGI
  • 60 - 64 : B: KEPUJIAN TINGGI
  • 55 - 59 : C+ : KEPUJIAN ATAS
  • 50 - 54 : C: KEPUJIAN
  • 45 - 49 : D: LULUS ATAS
  • 40 - 44 : E: LULUS
  • 0 - 39 : G: GAGAL
  • TH : TH: TIDAK HADIR
Gred Markah Terkini Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018

Semoga perkongsian Gred Pemarkahan Terkini 2023 ini dijadikan panduan buat pelajar UPSR, PT3 dan SPM!

1 comment:

Powered by Blogger.