Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2018 Online

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2018 Online|SEBELUM ini pernah menjadi perbualan orang ramai di laman sosial mengenai Wang Tidak Dituntut (WTD). Mungkin ramai orang yang tidak tahu terdapat wang milik mereka di dalam bank dan syarikat yang telah lama tidak dituntut. Untuk makluman anda, semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara dan pejabat cawangan negeri JANM di seluruh negeri. Dimaklumkan, semakan WTD secara online akan beroperasi mulai tahun hadapan melalui sistem eGUMIS.

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2018 Online

Sedia maklum, wang yang tidak pernah diambil ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah simpanan Wang Tak Dituntut. Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan.

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2018 Online

Berikut dikongsikan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara:

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan
    Akauntan Negara yang berhampiran
    dengan tempat tinggal anda. Untuk
    ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan
    Akauntan berhampiran anda, sila rujuk
    di Lokasi JANM.

2. Pastikan bawa Kad Pengenalan Diri/
    MyKad dan serahkan di kaunter.

3. Untuk semakan waris yang telah
    meninggal dunia, boleh bawa sijil
    kematian, sijil perkahwinan, sijil
    kelahiran dan surat sokongan yang
    menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank
    terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila
    isi borang dan sertakan beberapa
    dokumen berkaitan termasuk IC fotostat,
    surat pengesahan bank berkenaan, (bank
    statement atau buku bank yang aktif)
    untuk tujuan bayaran balik melalui
    kredit terus (bank in).

5. Wajib pergi ke bank yang telah
    dinyatakan untuk buat pengesahan.
    Contoh Surat Pengesahan telah diberikan
    oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya
    berikan kepada bank sahaja.

6. Selepas dokumen dan borang lengkap
    diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan
    Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan
    secara Bank In Terus ke akaun dalam
    masa 30 hari sahaja.

Senarai Lokasi Setiap Negeri Untuk Semakan Wang Tak Dituntut

Berikut dikongsikan senarai lokasi setiap negeri untuk semakan Wang Tidak Dituntut:

1. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

3. Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

4. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

5. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

6. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

7. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

8. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

9. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

10. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

11. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

12. Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.

13. Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

14. Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

15. Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Selamat membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)!

No comments

Powered by Blogger.