Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 Online

Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 Online|ADAKAH calon lepasan SPM dan berminat melanjutkan pengajian di peringkat Diploma? Panduan buat anda yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Untuk makluman anda, menerusi Laman Web Rasmi Akademi Laut Malaysia (ALAM), permohonan program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia 2018 kini telah dibuka secara online sehingga 30 Mac 2018.

Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 Online

ALAM adalah singkatan kepada Akademi Laut Malaysia yang merupakan sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim.

Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    ALAM melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Kadet ALAM

2. Bagi pemohon baru, anda perlu daftar
    pada butang Register Now.

3. Login ke Portal dan anda perlu mengisi
    Cadetship Application Form.

4. Lengkapkan pada bahagian My 
    Qualification dan tekan pada butang
    Submit.

Info:
*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis.

Syarat Kelayakan Permohonan ALAM 2018

Antara syarat kelayakan permohonan ALAM adalah seperti berikut:

1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya C
    atau kredit yang baik 5 subjek Bahasa
    Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik
    Fizik dan salah satu samada Matematik
    Tambahan, Kimia atau Biologi.

2. Lelaki atau perempuan yang belum
    berkahwin, berusia tidak melebihi 25
    tahun.

3. Sihat dari segi fizikal dan mental.

4. Tidak rabun warna.

5. Penglihatan yang baik tanpa bantuan
    visual.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
Tel: 06 - 3882307
Web: http://www.alam.edu.my

Selamat membuat Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke ALAM!

No comments

Powered by Blogger.