Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 Online (Semakan Status)



Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 Online (Semakan Status)|ADAKAH calon lepasan SPM dan berminat melanjutkan pengajian di peringkat Diploma? Panduan buat anda yang berminat menyambung pengajian peringkat Diploma di Akademik Laut Malaysia (ALAM). Menerusi Laman Web Rasmi ALAM, permohonan program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia 2023 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Januari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan ALAM 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2018 Online

Sedia maklum, ALAM adalah singkatan kepada Akademi Laut Malaysia merupakan sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim.

Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan ALAM termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan ALAM 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi ALAM secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Kadet ALAM

2. Bagi pemohon baru, anda perlu daftar pada butang Register Now.

3. Login ke Portal dan anda perlu mengisi
Cadetship Application Form.

4. Lengkapkan pada bahagian My  Qualification dan tekan pada butang "SUBMIT".

Info Penting:
*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis.

Syarat Kelayakan Permohonan ALAM 2023

Antara syarat kelayakan permohonan ALAM adalah seperti berikut:

1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya C
    atau kredit yang baik 5 subjek Bahasa
    Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik
    Fizik dan salah satu samada Matematik
    Tambahan, Kimia atau Biologi.
2. Lelaki atau perempuan yang belum
    berkahwin, berusia tidak melebihi 25
    tahun.
3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
4. Tidak rabun warna.
5. Penglihatan yang baik tanpa bantuan
    visual.

Semakan Status ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ALAM, sila hubungi di:

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
No. Tel: 06 - 3882307
Web: http://www.alam.edu.my

Selamat membuat Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke ALAM!

No comments

Powered by Blogger.