Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5|NANTIKAN program realiti terbaru berjudul Gegar Vaganza Musim 5 (GV5) 2018 yang kini kembali semula menemui semua peminat. Menampilkan 12 peserta yang cukup hebat seperti Amelina, Zamani, Maya Matahari, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Safura, Noryn Aziz, Farawahida, Shafie (Rio), kumpulan duo Billy Zurkainain dan kumpulan Elite dan Forteen. Gegar Vaganza musim kelima akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5

GV5 masih menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap. Juara GV5 ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Pemenang tempat ketiga bakal mendapat RM30,000 manakala pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5

Berikut dikongsikan senarai 12 peserta Gegar Vaganza Musim 5 (GV5) 2018 yang terdiri daripada peserta solo, duo dan berkumpulan:

Peserta Solo

1. Amelina
2. Zamani
3. Maya Matahari
4. Dia Fadila
5. Hetty Sarlene
6. Safura
7. Noryn Aziz
8. Farawahida
9. Shafie (Rio)

Duo

10. Billy Zurkainain

Kumpulan

11. Elite
12. Forteen

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5

Hos/ Pengacara GV5

◾Nabil Ahmad
◾Jihan Muse

Hadiah dan Ganjaran Gegar Vaganza Musim 5

◾Juara: RM 100,000
◾Naib Juara: RM 50,000
◾Ketiga: RM 30,000
◾Keempat: RM 20,000
◾Kelima: RM 15,000
◾Keenam: RM 10,000

Artikel Berkaitan:

👉 Live Streaming Gegar Vaganza 2018 Musim 5

Siapakah bakal merangkul juara Gegar Vaganza Musim 5 (GV5) tahun 2018? Sama-sama kita saksikan GV5 secara langsung di Astro mulai 30 September ini!

No comments

Powered by Blogger.