Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim 6



Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim 6|NANTIKAN program realiti terbaru berjudul Gegar Vaganza Musim 6 (GV6) 2019 yang kini kembali semula menemui semua peminat. Menampilkan 13 peserta yang cukup hebat seperti Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela, Feeza, Nur Fatimah, Roy dan Jatt Ali manakala kumpulan dibarisi Kool dan One Nation Emcees. Gegar Vaganza musim keenam akan bersiaran selama lapan minggu bermula bulan Oktober ini, jam 9:00 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Musim 5

GV6 masih menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap. Juara GV6 ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Pemenang tempat ketiga bakal mendapat RM30,000 manakala pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim 6

Berikut dikongsikan senarai 13 peserta Gegar Vaganza Musim 6 (GV6) 2019 yang terdiri daripada peserta solo dan berkumpulan:

Peserta Solo:

1. Sham Visa
2. Noorshila Amin
3. Wann
4. Naqiu Boboy
5. Ameer Sofazr
6. Hady Mirza
7. Mazleela
8. Feeza
9. Nur Fatimah
10. Roy
11. Jatt Ali

Kumpulan:

1. Kool
2. One Nation Emcees

Hos/ Pengacara Gegar Vaganza 6

◾Nabil Ahmad
◾Jihan Muse

Hadiah dan Ganjaran Gegar Vaganza Musim 6

◾Juara: RM 100,000
◾Naib Juara: RM 50,000
◾Ketiga: RM 30,000
◾Keempat: RM 20,000
◾Kelima: RM 15,000
◾Keenam: RM 10,000

Artikel Berkaitan:

👉 Live Streaming Gegar Vaganza 2019 Musim 6

Siapakah bakal merangkul juara Gegar Vaganza Musim 6 (GV6) tahun 2019? Sama-sama kita saksikan GV6 secara langsung di Astro mulai bulan Oktober ini!

No comments

Powered by Blogger.