Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH (TERKINI)

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH (TERKINI)|BAGAIMANA cara kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019? Panduan buat anda yang ingin membuat pengemaskinian BSH tahun 2019. Bagi yang telah memohon Bantuan Sara Hidup tahun sebelumnya, anda perlu pastikan membuat kemaskini maklumat peribadi penerima supaya tidak tercicir menerima BSH 2019. Berikut dikongsikan cara kemaskini BSH 2019 secara online dan manual buat panduan anda.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH (TERKINI)

Sedia maklum, Bantuan Sara Hidup diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH (TERKINI)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi kemaskini Bantuan Sara Hidup:

Tarikh Penting Kemaskini BSH 2019

◾ Tarikh Dibuka: *Akan dikemaskini
◾ Tarikh Ditutup: -

Cara Kemaskini BSH 2019 Online dan Manual

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BSH 2019 iaitu secara online dan manual:

A. Secara Online

◾Pemohon perlu layari portal rasmi BSH
     menerusi pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://bsh.hasil.gov.my
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik
     kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan
     maklumat anda.
◾Penerima perlu mencetak salinan
     pengemaskini untuk rujukan masa
     depan.

B. Secara Manual (Guna Borang)

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:

◾Layari ke Portal Rasmi BSH melalui
     pautan di https://bsh.hasil.gov.my dan
     muat turun di menu Borang) ATAU:-
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat
     LHDN ATAU:-
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN,
     Jabatan Pembangunan Persekutuan,
     Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
     Jabatan Penerangan.

Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini

Antara maklumat penting yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

◾Status Perkahwinan (kahwin, cerai atau
     kematian pasangan)
◾Alamat surat menyurat terkini dan emel
◾No. Telefon
◾Maklumat akaun bank
◾Maklumat pasangan dan tanggungan
◾Maklumat waris

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan Sara Hidup 2019
👉 Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup 2019
👉 Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, sila hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566.

Selamat membuat kemaskini BSH tahun 2019 secara online dan manual! Semoga anda berjaya menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2019!

No comments

Powered by Blogger.