Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 BSH (TERKINI)



Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 BSH (TERKINI)|BAGAIMANA cara kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020? Panduan buat anda yang ingin membuat pengemaskinian BSH bagi tahun 2020. Bagi yang telah memohon Bantuan Sara Hidup tahun sebelumnya, anda perlu pastikan membuat kemaskini maklumat peribadi penerima supaya tidak tercicir menerima BSH 2020. Berikut dikongsikan cara kemaskini BSH 2020 secara online dan manual buat panduan anda.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH (TERKINI)

Sedia maklum, Bantuan Sara Hidup diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 BSH (TERKINI)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi kemaskini Bantuan Sara Hidup:

Tarikh Penting Kemaskini BSH 2020

◾ Tarikh Dibuka: -
◾ Tarikh Ditutup: -

Cara Kemaskini BSH 2020 Online dan Manual

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BSH 2020 iaitu secara online dan manual:

A. Secara Online

◾Pemohon perlu layari portal rasmi BSH menerusi pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://bsh.hasil.gov.my
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.
◾Penerima perlu mencetak salinan pengemaskini untuk rujukan masa depan.

B. Secara Manual (Guna Borang)

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:

◾Layari ke Portal Rasmi BSH melalui pautan di https://bsh.hasil.gov.my dan muat turun di menu Borang) ATAU:-
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN ATAU:-
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan.

Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini

Antara maklumat penting yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

◾Status Perkahwinan (kahwin, cerai atau kematian pasangan)
◾Alamat surat menyurat terkini dan emel
◾No. Telefon
◾Maklumat akaun bank
◾Maklumat pasangan dan tanggungan
◾Maklumat waris

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan Sara Hidup
👉 Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup
👉 Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, sila hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566.

Selamat membuat kemaskini BSH tahun 2020 secara online dan manual! Semoga anda berjaya menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.