Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1|BILAKAH tarikh permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 bakal dibuka? Panduan buat pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 pada bulan September yang lalu. Untuk makluman anda, permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) 2019 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November selepas keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1

Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu

1. Pemohonan SM Imtiaz Yayasan
    Terengganu 2019 boleh dibuat secara
    online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK👉 http://www.yt.gov.my @ http://myimtiaz.com.my

Syarat Kelayakan Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 

Antara syarat kelayakan permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:

1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2018

2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
◾Ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
◾Ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.

3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.

6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Besut

2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Terengganu

3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Nerus

4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Kuala Berang

5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Setiu

6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - Marang

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
No. Telefon: 09-6221733
No. Faks: 09-6232944

Selamat membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran SM Imtiaz Yayasan Terengganu!

No comments

Powered by Blogger.