Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 Online

Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor tahun 2019 bakal dibuka? Panduan buat anda yang menetap dan bermastautin di negeri Selangor dan berminat membuat permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 boleh dibuat secara online pada 1 Januari 2019.

Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 Online

Bantuan Smart Sihat Selangor ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Bantuan Sihat Selangor diberikan kepada golongan yang kurang kemampuan sahaja. Antara jenis Bantuan Smart Sihat Selangor yang disediakan adalah dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan, kaki palsu dan lain-lain.

Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Smart Sihat Selangor 2019 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi Sihat
    Selangor secara online menerusi pautan
    seperti berikut:
KLIK 👉 http://bantuansihat.selangor.gov.my

Syarat Kelayakan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019

Antara syarat kelayakan bantuan Smart Sihat Selangor 2019 adalah seperti berikut:

1. LAHIR DI NEGERI SELANGOR atau BERMASTAUTIN MELEBIHI 10 TAHUN.

2. Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000.00.

3. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

4. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

5. Rawatan bagi KATARAK MATA, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA.

6. Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan.

7. TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.

8. Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.

9. Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan KAKITANGAN KERAJAAN / PENJAWAT AWAM tidak dipertimbangkan.

10. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Bantuan Blueprint Selangor 2019
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 4, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
No. Telefon: 03 - 5544 7453
Emel: sihatselangor@selangor.gov.my

Selamat membuat Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.