Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019|ANDA berminat membuka akaun AHB? Bagaimana cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? Panduan buat anda yang ingin membuka akaun AHB dengan mudah. Berikut dikongsikan cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera buat panduan anda.

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019

Sedia maklum, AHB adalah unit amanah patut syariah pertama di Malaysia yang diuruskan oleh PHB dengan had maksimum pelaburan skim kini berjumlah RM500,000 manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100. Dana AHB adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera Malaysia yang berumur seawal 3 bulan. Kadar AHB adalah sama seperti pelaburan Amanah Saham Berhad (ASB), dimana harga seunit adalah tetap pada harga RM1.

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera:

Panduan Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera

1. Pastikan sebelum membuka akaun AHB, pelabur mestilah mempunyai akaun simpanan Maybank atau AMBank.

2. Cari lokasi ejen AHB iaitu cawangan Maybank atau AMBank yang terdekat.

3. Anda perlu hadir ke lokasi dipilih dan maklumkan pegawai bertugas untuk pembukaan akaun Amanah Hartanah Bumiputera.

4. Kemudian, anda akan diminta berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AHB.

5. Anda diminta mengisi Borang Pendaftaran Akaun Dewasa atau Akaun Remaja.

6. Serahkan borang yang lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan beserta modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek di kaunter bank.

7. Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan Borang Pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.


Kelebihan Melabur AHB

Antara kelebihan pelaburan AHB adalah seperti berikut:

● Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.

● AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.

● Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.

● Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.

● Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana.

● Pelaburan jangka panjang dengan pulangan berpotensi kompetitif.

Kriteria Kelayakan

Antara kriteria kelayakan permohonan Amanah Hartanah Bumiputera adalah seperti berikut:

1. Bumiputera Malaysia:

2. Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas);

3. Akaun Remaja (untuk kanak-kanak berusia tiga (3) bulan dan ke atas tetapi kurang daripada 18 tahun dengan nama seorang penjaga yang sah. Penjaga undang-undang mestilah berusia 18 tahun ke atas.

Semoga perkongsian Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2019 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.