Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019



Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019|PANDUAN buat anda yang ingin ketahui jadual waktu bekerja fleksi untuk penjawat awam. Untuk makluman anda, mulai 1 Mac ini, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) akan dilaksanakan di semua kementerian dan jabatan Persekutuan di beberapa negeri bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang digunapakai ketika ini. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam buat rujukan anda.

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019

Sedia maklum, WBF akan dilaksanakan di kementerian dan jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya manakala jabatan Persekutuan bagi negeri Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, WBF terpakai kepada semua pegawai yang mengamalkan Waktu Bekerja Pejabat di kementerian atau jabatan.

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Penjawat Awam mulai 1 Mac 2019:

◾Waktu pejabat akan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu, yang bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang.

◾WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan waktu bekerja sehari iaitu selama sembilan jam termasuk waktu rehat sejam. Contohnya, pegawai yang memulakan tugas pada jam 8.07 pagi akan menamatkan tugas pada jam 5.07 petang.

◾Pegawai yang memulakan tugas sebelum jam 7.30 pagi akan dianggap memulakan tugas pada jam 7.30 pagi. Sebarang tuntutan bayaran lebih masa adalah tidak dibenarkan melainkan pegawai diarah sedemikian.

◾Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/ 2017.

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019

Semoga perkongsian Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam 2019 ini dijadikan rujukan buat semua kakitangan awam!

1 comment:

Powered by Blogger.