Semakan Status Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40

Semakan Status Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40|APA itu PeKa B40? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan status kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Untuk makluman anda, semakan status kelayakan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://kelayakan.pekab40.com.

Semakan Status Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) menyediakan empat manfaat kepada kumpulan sasaran yang berkelayakan termasuk pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berusia 50 tahun dan ke atas secara automatik layak menerima manfaat PeKa B40 dan tidak perlu lagi mendaftar dengan mana-mana pihak. Pemeriksaan atau saringan kesihatan di klinik-klinik yang mengambil bahagian dalam skim ini akan bermula April 2019.

Semakan Status Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan PeKa B40 beserta syarat kelayakan permohonan dan manfaat:

Cara Semakan Status Kelayakan PeKa B40

1. Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan Peka B40 secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

2. Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan klik pada butang 'Semak'.

3. Jika layak, lawati klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad.

Kriteria Kelayakan PeKa B40

1. Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas.

2. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Proses Saringan Kesihatan

Semakan Status Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40

Manfaat PeKa B40

Antara manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:

◾Saringan Kesihatan
◾Bantuan Alat Perubatan
◾Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
◾Insentif Tambang Pengangkutan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my

Selamat membuat Semakan Status Kelayakan PeKa B40 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran PeKa B40!

No comments

Powered by Blogger.