Permohonan BKNS 2020 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)



Permohonan BKNS 2020 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2020? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun 2020. Untuk makluman anda, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah atau mudah dikenali sebagai BKNS merupakan biasiswa yang diperuntukkan khas kepada anak-anak bumiputera Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi untuk diploma dan ijazah. Berikut dikongsikan Cara Permohonan BKNS 2020 buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 Online

Sedia maklum, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini bukan sahaja terbuka untuk rakyat Sabah, bahkan untuk pemohon yang berasal di Wilayah Persekutuan Labuan. Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini akan dibuka sekitar bulan April pada setiap tahun.

Permohonan BKNS 2020 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2020 termasuk syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan BKNS 2020

◼️ Tarikh Permohonan Dibuka: *Akan dikemaskini
◼️ Tarikh Permohonan Ditutup: -
◼️ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 MOHON SINI

Cara Permohonan BKNS 2020 Online

Berikut dikongsikan prosedur atau langkah permohonan BKNS 2020 secara online:

1. Pemohon perlu layari ke laman web
    rasmi BKNS menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉MOHON SINI

2. Kemudian, daftar akaun baru dengan
    memasukkan segala butiran yang perlu
    diisi.

3. Selepas mendaftar akaun baru, anda
    perlu login dengan butiran tadi.

4. Isikan semua maklumat yang diminta
    seperti maklumat diri, akademik dan
    kokurikulum dengan lengkap.

5. Selepas siap mengisi borang, anda perlu
    menunggu sahaja keputusan diumumkan     nanti.


Senarai Kursus Yang Ditawarkan BKNS

Berikut adalah senarai kursus yang
ditawarkan oleh BKNS:

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 Online

Syarat Kelayakan Permohonan BKNS 2020

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan BKNS tahun 2020:

1. Tidak berumur lebih 20 tahun bagi
    pemohon diploma.

2. Tidak melebihi had umur 25 tahun bagi
    mereka yang belajar di peringkat Ijazah.

Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang dipecahkan mengikut jenis permohonan bagi diploma dan ijazah:

A) Kelayakan Pelajar Diploma

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    dengan paling kurang 7A
2. 7A tersebut perlulah termasuk Bahasa
    Melayu dan juga subjek yang berkaitan
    dengan kursus yang sedang diambil
3. Bahasa Inggeris perlulah mendapat
    kepujian

B) Kelayakan Pelajar Ijazah

1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
   (STPM) atau setaraf dengan CGPA
    minimum 3.3. atau:
2. Sijil Tinggi Agama dengan sekurang.  
    kurangnya Jayyid atau:
3. Diploma dengan CGPA 3.5
4. Matrikulasi dengan kelulusan paling
    kurang CGPA 3.5 atau:
5. Foundation/asasi dengan CGPA 3.5

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020

Selamat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah! 

No comments

Powered by Blogger.