Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2024 Online (Cara Tempahan)



Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2024 Online (Cara Tempahan)|ANDA ingin tempah Rumah Peranginan Persekutuan tahun 2024? Perhatian buat anda yang gemarkan membawa keluarga pergi melancong atau bercuti. Kini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk penjawat awam iaitu kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) yang ingin pergi bercuti dengan kadar kos sewa yang rendah. Berikut dikongsikan Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2024 Online buat rujukan anda. 

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Sedia maklum, terdapat 2 kategori Rumah Peranginan Persekutuan iaitu kategori premier dan eksekutif. Rumah Kategori Premier hanya boleh diduduki oleh penjawat awam Gred 48 dan ke atas sahaja. Manakala Rumah Kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan dan apa-apa berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah kini lebih mudah dengan wujudnya Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH).

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2024 Online (Cara Tempahan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan termasuk cara tempahan dan kadar sewa RPP:

Contoh Suasana Rumah Peranginan Persekutuan

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online


Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Syarat Kelayakan Memohon Rumah Peranginan Persekutuan

Antara kelayakan permohonan Rumah Peranginan Persekutuan adalah seperti berikut:

👉 Perkhidmatan Awam Persekutuan
👉 Perkhidmatan Awam Negeri
👉 Pesara yang memiliki Kad Pesara
      Kerajaan

Kadar Sewa RPP Eksekutif dan RPP Premier 2024

A. RPP Eksekutif

- Kelayakan: Gred 48 dan ke atas
- Kadar sewa: RM50 – RM350
- Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif adalah seperti berikut

1. Perkhidmatan Awam Persekutuan
2. Perkhidmatan Awam Negeri
3. Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
4. Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

- Lokasi RPPE:
RPP Cameron Highlands
RPP Bukit Fraser (RPP BF)
RPP Pulau Pinang
RPP Morib
RPP Tasik Kenyir
RPP Port Dickson
RPP Pulau Langkawi
RPP Pulau Pangkor

B. RPP Premier

- Kelayakan: Gred 48 dan ke atas
- Kadar sewa: RM100 – RM800
- Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Premier adalah seperti berikut:

1. Perkhidmatan Awam Persekutuan
2. Perkhidmatan Awam Negeri
3. Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

- Lokasi RPPP:
RPP Tanjung Tuan
RPP Banglo Port Dickson
RPP Bukit Fraser (The Lodge)
RPP Cameron Highland
RPP Labuan
RPP Singapura
RPP London
 

Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan 2024 Online

1. Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan RPP 2024 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online menerusi SBBPH:

1. Layari ke laman web yang tertera seperti berikut:
KLIK 👉 www.bph.gov.my

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

2. Anda perlu lengkapkan pendaftaran
    terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh
    LOGIN dengan menggunakan myID dan
    Kata Laluan sementara yang diberikan.

Nota:
*Perlu diingatkan menukar kata laluan anda setelah berjaya LOGIN

3. Pilih tab RPP Premier/Eksekutif

4. Anda boleh pilih 'Rumah Peranginan
    Persekutuan' yang ingin dimohon

👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Bukit Fraser
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Cameron Highlands
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Morib
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Port Dickson
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Pulau Pinang
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Tasik Kenyir

5. Kemudian, masukkan tarikh pilihan
    untuk tempahan.

6. Jika ada kekosongan anda akan dibawa
    paparan seterusnya.

7. Langkah seterusnya adalah memasukkan     butiran tempahan. Klik 'TEMPAH 
    SEKARANG' dan paparan mengenai
    peraturan RPP akan muncul.

8. Selepas itu, anda baru boleh buat
    bayaran penuh untuk pengesahan
    tempahan. Sila buat pembayaran dalam
    tempoh 7 hari bagi mengelakkan
    pembatalan.

Nota:
*Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit

9. Pastikan anda mencetak butiran
    pengesahan tempahan.

Tarikh Pembukaan Tempahan RPP 2024 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Rumah Peranginan Persekutuan, sila hubungi di:

Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan 
Bahagian Pengurusan Hartanah 
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok F6, Kompleks F 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000 Putrajaya.

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.