Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2021 Online



Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2021 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan Januari 2021? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan keputusan SSM tahun 2021. Untuk makluman anda, semakan keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2021 boleh dibuat secara online pada bulan Disember 2020 menerusi Aplikasi Pengurusan Atlet Murid.

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2018 Online

Semakan tawaran Sekolah Sukan Malaysia adalah dengan mengisi No. Kad Pengenalan anda. Permohonan kemasukan ke SSM dilaksanakan 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan Sekolah Sukan Malaysia secara online:

Cara Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2021

1. Anda perlu layari secara online ke laman web SSM menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SEMAKAN SSM

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan pada butang 'SEMAK'.

3. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia 2021

Menurut Majlis Sukan Negara Malaysia, permohonan kemasukan ke SSM tidak dijalankan melalui permohonan terbuka. Sebaliknya, pelajar yang layak akan ditawarkan melalui kaedah berikut:

◾Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)
◾Melalui Program Talent Scouting
◾Calon yang dicadangkan oleh Persatuan  Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan dari MSN

Senarai Sekolah Sukan Malaysia

Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia yang terdapat di Malaysia:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 9058 7335
No. Faks: 03 - 9058 7135

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
Tel: 07 - 8223 027
No. Faks: 07 - 8223 028

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09 - 5497 000
No. Faks: 09 - 5497 001

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088 - 402140
No. Faks: 088 - 402142

Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSM!

1 comment:

  1. The website said my doughter no Ic have no result in aplikasi semakan? It is mean she fail to qualified?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.