Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus 2020 Online



Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus 2020 Online|APA itu SSPN-i? Bagaimana cara membuka akaun SSPN-i secara online? SSPN-i adalah merupakan satu instrumen yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'. Untuk makluman anda, kini pendaftaran akaun SSPN-i boleh dibuat secara online tanpa perlu pergi mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M

Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus Online

SSPN-i Plus pula merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan yang terdapat pada SSPN-i Plus berbanding SSPN-i yang tiada sebarang komitmen bulanan (boleh simpan mengikut kemahuan masing-masing). Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih.

Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara daftar akaun SSPN-i Plus beserta syarat kelayakan dan keistimewaan SSPN-i:

Daftar Akaun SSPN-i Online

Pendaftaran akaun SSPN-i boleh dibuat secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN.

1. Untuk mendaftar akaun SSPN-i, anda
    perlu layari laman web SSPN seperti
    berikut:
KLIK: 👉 PENDAFTARAN SSPN-i

2. Pastikan isikan maklumat yang
    diperlukan dengan lengkap.

3. Kemudian, akan dinyatakan terma dan
    syarat yang anda perlu fahami.

4. Setelah siap mengisi borang, anda
    dikehendaki memasukkan deposit ke
    dalam akaun. Bayaran boleh dibuat
    melalui online banking ataupun kredit
    kad.

Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus Online

Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i

1. Pendeposit dan penerima manfaat
    kepada akaun SSPN-i hendaklah
    warganegara Malaysia.

2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk
    dirinya sendiri.

3. Penerima manfaat mestilah berumur
    antara 1 hari sehingga sebelum mencapai
    umur 29 tahun.

4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka
    akaun untuk setiap penerima manfaat
    yang sama.

Keistimewaan SSPN-i Plus

Antara keistimewaan SSPN-i Plus adalah seperti berikut:

i) Patuh syariah.
ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas
     simpanan bersih tahun semasa sehingga
     RM12,000.00 setahun.
iii) Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal
     (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
v) Tiada pemeriksaan kesihatan.
vi) Kadar dividen yang kompetitif dan
     dikecualikan daripada cukai
     pendapatan.
vii) Khairat kematian termasuk pasangan
       dan maksimum 3 orang anak.
viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit
        kritikal.
ix) Elaun kemasukan hospital sehingga
      RM200 sehari.
x) Layak memohon pinjaman PTPTN.
xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
xii) Simpanan dijamin kerajaan.

Artikel Berkaitan:
👉 Cara Login Akaun SSPN-i Plus
👉 Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online

Selamat membuat pendaftaran akaun SSPN-i Plus tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.