Permohonan Pasport Malaysia 2022 Kali Pertama (Harga Renew)



Permohonan Pasport Malaysia 2022 Kali Pertama (Harga Renew)|ANDA ingin mempunyai passport Malaysia buat kali pertama? Bagaimana cara membuat permohonan passport kali pertama? Untuk makluman anda, permohonan pasport Malaysia boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen dan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Tempoh sah laku pasport adalah lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan. Berikut dikongsikan Permohonan Passport Malaysia 2022 Kali Pertama buat rujukan anda.

Permohonan Pasport Malaysia 2018 Kali Pertama

Pasport Malaysia adalah suatu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Permohonan Pasport Malaysia 2022 Kali Pertama (Harga Renew)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan passport Malaysia tahun 2022 kali pertama termasuk harga renew:

Cara Permohonan Passport Malaysia 2022 Kali Pertama

1. Pemohon perlu hadir sendiri di Pejabat
    Imigresen atau Pejabat Perwakilan
    Malaysia di luar negara.

2. Permohonan di kaunter bagi Pejabat
    Imigresen di Malaysia atau di Pejabat
    Atase di Singapura, New York, London,
    Hong Kong, Melbourne dan Jakarta
    TIDAK PERLU membawa gambar kecuali
    permohonan yang dikemukakan melalui
    Pejabat Perwakilan Malaysia di luar
    negara.

3. Kanak-kanak dibawah 4 tahun
    DIGALAKKAN membawa bersama
    gambar mengikut spesifikasi yang
    ditetapkan.

Harga Passport Malaysia Terkini 2022

Terdapat 6 kategori harga pasport Malaysia iaitu:

1. Pemohon biasa (berumur 13 - 59 tahun) -
    RM 200
2. Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) -
    RM 100
3. Kanak-kanak (berumur 12 tahun ke
    bawah) - RM 100
4. Pelajar yang mengikuti program ijazah di
    luar negara (berumur 21 tahun ke
    bawah) - RM 100
5. Jemaah Haji - RM 100
6. Orang Kelainan Upaya (OKU) - PERCUMA

Nota:
1. Bagi pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran pengajian di IPT luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti:

◾Surat tawaran IPT
◾Resit bayaran yuran pendaftaran
◾Kad matrik pelajar (jika sedang belajar)

2. Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), anda perlu mengemukakan kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

3. Bayaran boleh dibuat melalui tunai, kad kredit, wang pos atau bank draf yang dipalang atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/Pengarah Imigresen Negeri.

Syarat Kelayakan Permohonan Passport Malaysia 2022

Antara syarat kelayakan permohonan passport Malaysia adalah seperti berikut:

◾ Wajib warganegara Malaysia

Spesifikasi Gambar Pasport Malaysia

Berikut adalah spesifikasi gambar pasport Malaysia seperti ditetapkan:

Permohonan Pasport Malaysia 2018 Kali Pertama

◾Gambar akan diambil di bahagian  passport menggunakan Alat Facial Live Capture
◾Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
◾Memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
◾Tidak memakai topi/rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
◾Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambar gambar
◾Pemohon yang memakai tudung harus  memakai tudung bewarna gelap

Spesifikasi gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun:
◾Kepingan gambar bersaiz 35 mm x 50 mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
◾Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25-30 mm (50-60 % ukuran ruang gambar jenis ICAO)

Selamat membuat permohonan Pasport Malaysia buat kali pertama! Semoga anda berjaya dalam permohonan pasport Malaysia!

1 comment:

Powered by Blogger.