Permohonan Rumah PPR 2021 Online (Program Perumahan Rakyat)



Permohonan Rumah PPR 2021 Online (Program Perumahan Rakyat)|ADAKAH anda ingin memiliki rumah sendiri dan merupakan golongan berpendapatan RM2,500 kebawah sebulan? Berita baik buat anda yang mempunyai pendapatan bulanan RM 2,500 kebawah sebulan dan ingin mempunyai rumah idaman sendiri. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) 2021 secara online. Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 Online

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Rumah PPR 2021 Online (Program Perumahan Rakyat)

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi cara permohonan Rumah PPR termasuk syarat kelayakan permohonan dan ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah PPR 2021 Online

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat borang permohonan seperti di alamat berikut:

1. PERLIS INDERA KAYANGAN
2. KEDAH DARUL AMAN
3. PULAU PINANG
4. PERAK DARUL RIDZUAN
5. SELANGOR DARUL EHSAN
6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
7. MELAKA
8. JOHOR DARUL TAKZIM
9. TERENGGANU DARUL IMAN
10. KELANTAN DARUL NAIM
11. PAHANG DARUL MAKMUR
12. KUALA LUMPUR
13. SABAH
14. SARAWAK
15. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Info Penting:
*Klik setiap LINK yang disediakan diatas untuk membuat permohonan mengikut negeri masing-masing

Syarat Kelayakan Permohonan PPR 2021

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
◾Pemohon belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat PPR

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah PPRT
👉 Semakan Status Permohonan Rumah PPR

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahub 2021 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran Rumah PPR!

12 comments:

  1. Sdh dpt surat menentusahkan hak milik tanah dan sudah mendapatkan pengesahan hak milik tanah di land survey..
    Maksud nya adakah saya sudah dpt rumah ppr tersebut.?ataupn msh tgu lagi?

    ReplyDelete
  2. tumpang tnya , mcm mna kak apply ?

    ReplyDelete
  3. Macamana nak apply online ye

    ReplyDelete
  4. Macamana nak apply online ye?

    ReplyDelete
  5. slamat ptg.. bagaimna nak mohon secara online?

    ReplyDelete
  6. Bagaimana cara mohon

    ReplyDelete
  7. Bagiamana cara mohon online

    ReplyDelete
  8. Bagai mana cara nya nak mohon online

    ReplyDelete
  9. Bagaimana caranya nak mohon online

    ReplyDelete
  10. Bagaimana caranya nak mohon online

    ReplyDelete

Powered by Blogger.