Cara Kemaskini Permohonan UPU 2020 Online



Cara Kemaskini Permohonan UPU 2020 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan UPU ambilan 2020? Bagaimana cara mengemaskini permohonan UPU ambilan 2020/2021? Perhatian buat pemohon UPU yang ingin membuat kemaskini UPU ambilan 2020/2021 secara online. Menerusi Portal Rasmi UPU, permohonan UPU ambilan 2020/2021 dijangka akan dibuka secara online pada bulan Februari 2020.

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2018 Online

Pastikan sebelum membuat permohonan UPU, anda perlu ketahui terlebih dahulu kategori permohonan UPU lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf. Untuk makluman anda, tiada had pengemaskinian untuk permohonan UPUOnline sehingga tarikh tutup permohonan.

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini permohonan UPU secara online:

1. Pemohon perlu layari ke Portal Rasmi
    UPU melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 http://upu.mohe.gov.my/web/

2. Kemudian, klik pada butang
    'Permohonan Kemasukan'.

3. Selepas itu, log masuk seperti biasa.

4. Lakukan kemaskini pada ruangan yang
    dikehendaki sahaja.

5. Klik pada butang 'SAH dan HANTAR'.

Info:
Bagi pemohon yang lupa Kata Laluan yang diisi ketika mengemukakan permohonan untuk tujuan kemaskini. Anda boleh dapatkan Kata Laluan dengan klik pautan 'Lupa Kata Laluan'.

Permohonan Rayuan UPU Sesi 2020

*Kepada pemohon yang gagal mendapat panggilan UPU sesi 2019, anda boleh membuat rayuan menerusi Laman Web Rasmi UPU pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Artikel berkaitan:
👉 Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi Akademik

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPU, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Semoga perkongsian Cara Kemaskini Permohonan UPU 2020 ini dijadikan panduan buat semua pemohon UPU!

No comments

Powered by Blogger.