Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online



Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online|ADAKAH anda berminat menjadi anggota Polis? Bagaimana cara memohon menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Perhatian buat anda yang berminat mengisi kekosongan jawatan PDRM tahun 2020. Menerusi Portal Polis Diraja Malaysia (PDRM), permohonan jawatan kosong PDRM 2020 dibuka secara online pada 20 September 2019 hingga 8 November 2019.

Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2018 Online

Sedia maklum, jawatan kosong Polis Diraja Malaysia adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun. Permohonan jawatan kosong di PDRM adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i. Semakan status panggilan temuduga PDRM boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM mulai 1 April 2016.

Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan jawatan kosong PDRM beserta syarat kelayakan permohonan:

1. Anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum mengisi borang SPA. Bagi pemohon yang tidak pernah mendaftar dan tidak ada ID: sila klik - Daftar Baru

2. Untuk mendaftar SPA8i secara online, layari dengan klik pada Borang SPA8i Online.

3. Pemohon perlu mengisi maklumat yang diminta dengan lengkap.

4. Hadirkan diri ke sesi temuduga terbuka dengan membawa salinan borang  permohonan SPA yang telah diisi.

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

1. Inspektor Gred YA13 (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan Gred YA5 (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan YT1 (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli Gred YP1
    (Lelaki/Wanita)

Tarikh dan Tempat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

A. Temuduga Eksesais Pengambilan
     Jawatan Inspektor

◾ Tarikh Dibuka: 20 September 2019
◾ Tarikh Ditutup: 8 November 2019
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia

*Permohonan jawatan Inspektor terbuka bagi lelaki dan wanita dengan syarat kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

B. Temuduga Eksesais Pengambilan
     Jawatan Sarjan dan Konstabel

◾ Tarikh Dibuka: 20 September 2019
◾ Tarikh Ditutup: 20 September 2019
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia

*Permohonan jawatan Sarjan dibuka untuk lelaki dan wanita. Manakala, jawatan Konstabel hanya terbuka untuk lelaki sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

◾Terbuka kepada warganegara Malaysia  sahaja
◾Lelaki dan Wanita dengan umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
◾Sekurang-kurangnya ada kelulusan PMR/PT3 dan maksimum PhD
◾Ketinggian mestilah tidak kurang 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita
◾Melepasi semua ujian fizikal pada sesi  temuduga
◾Syarat khusus permohonan Polis: 

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Unit Pengambilan PDRM di talian 03 -2266 8349 / 8350.

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.