Permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang 2021 (Tarikh Bayaran)



Permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang 2021 (Tarikh Bayaran)|ANDA pelajar yang masih bersekolah di sekitar negeri Pulau Pinang? Berita baik buat warga pelajar Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 dan 4 bagi Sekolah Menengah yang bersekolah di Pulau Pinang. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang 2021 boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

Permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang 2018

Permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang 2021 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan cara permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan, tarikh bayaran dan semakan status:

1. Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

2. Anda perlu mengisi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan betul.

3. Setelah siap mengisi, kembalikan borang permohonan beserta dokumen sokongan di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Pelajar Emas 2021

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Pelajar Emas adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.

2. Terdiri daripada murid Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 & 4 bagi pelajar Sekolah Menengah yang bersekolah di Pulau Pinang.

Dokumen Penting Yang Disertakan

Antara dokumen penting yang perlu disertakan adalah:

- Salinan Sijil Kelahiran Anak
- Salinan MYKID
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu
- Pengesahan sekolah menyatakan pelajar bersekolah di sekolah yang dinyatakan seperti dalam Borang Permohonan

Semakan Status Permohonan Pelajar Emas Pulau Pinang 2021

Berikut adalah cara semakan status permohonan Skim Pelajar Emas secara online:

1. Pemohon perlu layari i-Sejahtera Penang secara online menerusi web di https://isejahtera.penang.gov.my

2. Masukkan No. MyKad/ MyKid dan klik pada butang 'Papar'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Nama Pegawai: Encik Nazirul Amri / Cik Koay Gaik Kee / Cik Josephine Tan Mei Ling
No. Telefon: 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064
Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang

Selamat membuat permohonan Skim Pelajar Emas Pulau Pinang tahun 2021 secara online!

3 comments:

  1. Maaf, telah pun di hentikan pada tahun 2019 dan masih belum di beritahu keputusan terkini!!!

    ReplyDelete
  2. Tahun 2020 skimpelajar emas ada@ tidak

    ReplyDelete
  3. TAHUN 2021 SKIM PELAJAR EMAS BOLEH MOHON TAK

    ReplyDelete

Powered by Blogger.