Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020/2021 Online



Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020/2021 Online|PERHATIAN buat anda khususnya warga negeri Sarawak yang berkelayakan membuat permohonan BPKNS sebagai biasiswa atau pinjaman pelajaran. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020/2021 bakal dibuka secara online mulai 22 Jun 2020 sehingga 5 Julai 2020 menerusi Laman Web https://escholarship.sarawak.gov.my.

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 Online

Sedia maklum, BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pengangkutan dan elaun buku, pakaian dan lain-lain. Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

◾Tarikh Permohonan: 22 Jun 2020 sehingga 5 Julai 2020
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my

Cara Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Online

1. Pemohon perlu layari menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my

2. Bagi pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.

3. Bagi anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in).

4. Bagi anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).

5. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.

6. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon.

Syarat Kelayakan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) adalah seperti berikut:

a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.

b. Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada Universiti Awam atau Politeknik.

c. Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali Pendidikan dan Perubatan.

Semakan Status Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2020/2021

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082-236325/ 082-236554
E-mel : bpkns4u@gmail.com

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.