Permohonan SMA Nilai 2021 Online



Permohonan SMA Nilai 2021 Online|BILAKAH tarikh permohonan SMA Nilai tahun 2021 bakal dibuka? Panduan buat anda pelajar Tahun Enam (6) lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2020 yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai ambilan 2020. Menerusi Portal Rasmi SMA Nilai, permohonan SMA Nilai 2021 boleh dibuat secara online pada bulan November 2020.

Permohonan SMA Nilai 2019 Online

Permohonan SMA Nilai 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan SMA Nilai beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan SMA Nilai 2021 Online

◾Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan.

◾Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

◾Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:

*Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
*Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan   isteri penjaga pemohon
*Salinan keputusan UPSR
*Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
*Salinan sijil berhenti sekolah

◾Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

◾Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Tarikh Penting Permohonan SMA Nilai 2021

Berikut adalah tarikh penting permohonan SMA Nilai 2021:

◾Tarikh buka permohonan: -
◾Tarikh tutup permohonan di e-MOHON:
◾Tarikh akhir penerimaan dokumen di pejabat SMA Nilai:
◾Senarai nama pelajar yang layak untuk  temuduga akan dipaparkan disini:
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk calon perempuan. Calon diminta membawa pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain dan senaskhah Al-Quran Terjemahan:
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk
calon lelaki. Calon diminta membawa
pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain dan senaskhah Al-Quran Terjemahan:
◾Keputusan permohonan diumumkan. Senarai nama pelajar yang terpilih akan  dipaparkan di laman web e-MOHON dan surat tawaran boleh diambil di pejabat  SMA Nilai:
◾Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2020:

Syarat Kemasukan SMA Nilai 2021

Berikut adalah syarat kemasukan SMA Nilai tahun 2021:

◾Mampu membaca dan menulis jawi
◾Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
◾Mengetahui asas bahasa Arab
◾Sekurang-kurangnya memperolehi 3A  dalam UPSR serta tiada D/E; DAN
◾Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK, atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 606-7991826
Faks: 606-7996931

Selamat membuat permohonan SMA Nilai ambilan 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SMA Nilai!

No comments

Powered by Blogger.