Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2021



Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2021|BERAPAKAH harga tiket terkini perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) bagi tahun 2021? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga tiket terkini Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang tahun 2021. Berikut dikongsikan Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang tahun 2021 buat panduan anda.

Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2019

Sedia maklum, laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017, dengan 31 stesen dibuka sepanjang 51km jajaran Laluan MRT. Perjalanan dari destinasi Sungai Buloh ke Kajang mengambil masa kira-kira 84 minit.

Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual perjalanan dan harga tiket MRT Sungai Buloh-Kajang tahun 2021:

Harga Tiket MRT SBK 2021

Tambang Tunai  Tanpa  Mingguan  Bulanan
   (RM)                   Tunai
                        (Touch ‘n Go)

Minimum   1.10    1.0          1.00            1.00
Maksimum 6.40   5.50         5.00           4.50

Info Penting:
*Tambang MRT bermula dari RM 1.10 sehingga tambang maksimum RM 6.40, berdasarkan struktur tambang tunai. *Penumpang menikmati lebih penjimatan dengan menggunakan bayaran tanpa tunai melalui kad Touch ‘n Go. Struktur bayaran tanpa tunai bermula dari RM 1.00 sehingga RM 5.50.
*Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas menikmati diskaun 50% dari kadar tunai. Kanak – kanak 7 tahun ke bawah menikmati perjalanan secara percuma.

Jadual Tambang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang 2021

Jadual tambang untuk Laluan MRT SBK boleh didapati di laman web rasmi RapidKL, dan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di LRT, monorel dan stesen MRT Sungai Buloh – Kajang.

Waktu Operasi Laluan MRT SBK

◾Hari Isnin - Jumaat: 6 pagi hingga 12 tengah malam
◾Hari Sabtu dan Ahad: 6 pagi hingga 11 malam

Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2019

Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang 2019

Senarai Stesen Sepanjang Laluan MRT SBK

Berikut adalah senarai 31 stesen dibuka sepanjang 51km jajaran Laluan MRT SBK:

1. SUNGAI BULOH *Pertukaran MRT dan Komuter KTM
2. KAMPUNG SELAMAT
3. KWASA DAMANSARA
4. KWASA SENTRAL
5. KOTA DAMANSARA
6. SURIAN
7. MUTIARA DAMANSARA
8. BANDAR UTAMA
9. TAMAN TUN DR ISMAIL
10. PHILEO DAMANSARA
11. PUSAT BANDAR DAMANSARA
12. SEMANTAN
13. MUZIUM NEGARA *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM, ETS KTM, Laluan LRT Kelana Jaya, KLIA Transit dan KLIA Express
14. PASAR SENI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Kelana Jaya
15. MERDEKA
16. BUKIT BINTANG *Pertukaran MRT dengan Monorail
17. TUN RAZAK EXCHANGE
18. COCHRANE
19. MALURI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Ampang
20. TAMAN PERTAMA
21. TAMAN MIDAH
22. TAMAN MUTIARA
23. TAMAN CONNAUGHT
24. TAMAN SUNTEX
25. SRI RAYA
26. BANDAR TUN HUSSEIN ONN
27. BATU SEBELAS CHERAS
28. BUKIT DUKUNG
29. SUNGAI JERNIH
30. STADIUM KAJANG
31. KAJANG *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Talian Bantuan RapidKL di talian 03 - 7885 2855
Isnin sehingga Jumaat: 7.00 pagi sehingga 8.30 malam
Sabtu dan Ahad: 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi (Tutup pada hari cuti umum)
E-mel kepada kami di suggest@rapidkl.com.my

Semoga perkongsian Harga Tiket MRT Sungai Buloh-Kajang tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.