Permohonan Kursus Asuhan PERMATA 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Kursus Asuhan PERMATA 2022 Online (Semakan Status)|APA itu Kursus Asuhan PERMATA? Bagaimana cara membuat permohonan Kursus Asuhan PERMATA? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Kursus Asuhan PERMATA tahun 2022 secara online. Berikut dikongsikan cara permohonan Kursus Asuhan PERMATA tahun 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Kursus Asuhan PERMATA 2019 Online

Berkuatkuasa mulai Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Sedia maklum, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA menawarkan modul lengkap kursus bagi melatih bakal pengasuh di TASKA. Namun begitu, penyertaan tidak terhad kepada bakal pengasuh sahaja.

Permohonan Kursus Asuhan PERMATA 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kursus Asuhan PERMATA beserta kadar bayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Kursus Asuhan PERMATA 2022

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    ezi2care menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 http://ezi2care.jkm.gov.my/user/register

2. Pilih samada 'Individu' atau 'Persatuan/
    Organisasi/ Agensi'.

3. Isikan segala maklumat yang diminta
    dengan lengkap dan klik pada butang
    'Daftar'.

Kadar Bayaran Kursus Asuhan PERMATA 2022

Berikut adalah kadar bayaran Kursus Asuhan PERMATA:

1. Kadar Bayaran KAP ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 144 jam dan amali 40 jam @ 29 hari sepenuh masa, manakala bagi kursus hujung minggu berlangsung dalam tempoh 4 bulan.

2. Peserta KAP boleh membeli Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus.

Semakan Status Kursus Asuhan PERMATA 2022

1. Semakan status permohonan Kursus Asuhan PERMATA boleh dibuat secara online di http://ezi2care.jkm.gov.my/user/getresult

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang 'CARI'.

Selamat membuat permohonan Kursus Asuhan PERMATA tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Kursus Asuhan PERMATA!

1 comment:

  1. Bolehkah saya bayar yuran dengan pengeluaran KWSP?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.